Fairus : nampak gaya macam ada yang nak ‘meletup’


Semasa tersebar khabar pada tengahari Khamis yang mengatakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin ada keluar kenyataan umum letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti ada pemerhati politik yang meragui kebenarannya.Anihnya bukan apa tetapi kerana Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berulangkali kata Fairus akan kekal sebagai ADUN sehingga pilihanraya umum akan datang.Malah minggu lalu beliau mengulangi kata-kata yang sama.Membaca kenyataan penuh yang dikeluarkan mengenai perletakan jawatan Fairus ia bernada seperti satu langkah ‘ baik-baik’ untuk melindungi kepentingan PKR.Disebalik ini semua kemungkinan Fairus letak jawatan ADUN memang lama dijangkakan.Ia bukan saja kerana siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) keatasnya berhubung dengan dakwaan kes penyelewengan kuari tetapi ada sesuatu riak yang yang tidak kena digambarkan oleh Fairus kebelakangan ini.Lebih mengejutkan ialah serentak dengan pengeluaran kenyataan letak jawatan itu,sebuah akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Sau Khamis menyiarkan satu interbiu eksklusif dengan Fairus yang mengesahkan tentang andaian ‘ ada yang tak kena’ itu.

Dalam interbiu berkenaan bekas Timbalan Ketua Menteri itu memberi kata dua bertempoh dua minggu kepada PKR supaya membersihkan namanya yang dipercayai mengenai isu dakwaan penyelewengan kuari.Katanya jika tidak beliau akan dedahkan maklumat dalaman mengenai satu skandal kerajaan negeri dan PKR. Ikut kata Fairus beliau ada maklumat dalaman mengenai operasi dalaman pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa atas sebab itu PKR selama ini tidsak ambil tindakan keatasnya. Fairus juga mendakwa beliau menjadi mangsa satu rancangan dalaman untuk kenakannya.

Katanya buat masa ini beliau belum mahu dedahkan hal berkenaan dan minta pihak media bersabar. Beliau juga kesal kerana PKR tidak mempertahankannya seperti dilakukan keatas ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan bekas ADUN Bukit Selambau V Arumugam.

Fairus menafikan dakwaan beliau mengabaikan tugasnnya sebagai wakil rakyat. Katanya beliau terus mendapat sokongan dari para pengundi di kawasannya.

Apa yang dinyatakan oleh Fairus dalam interbiu itu tentunya mengundang berbagai andaian.Yang pasti sebagai bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tentunya beliau ‘tahu banyak’.

Kenapa beliau keluarkan kata dua itu kepada PKR juga sangat menarik. Andaian yang selamat ialah kalau Fairus tidak ada simpan sesuatu dalam poketnya tidak mungkin beliau berani memberi amaran itu.

Apapun yang paling menarik tentunya apa yang bakal meletup jika tuntutannya itu tidak dipenuhi

Pengarang: zanas

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.