Majlis Raja-raja diminta tuntut kembalikan kekebalan


Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu.

Yang Dipertuanya Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata desakan itu akan dibuat selepas satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur melibatkan 250 NGO bagi menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu tidak lama lagi, lapor Bernama.

conference of rulers majlis raja raja“Kalau imuniti raja-raja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Mencari Harta Karun anjuran PKDK di Alor Star hari ini

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melepaskan 45 kereta yang menyertai acara itu dari Alor Setar ke Haadyai. Pada acara itu, Tengku Zainol Rashid mengetuai lebih 100 peserta untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

Tengku Zainol Rashid juga memberi amaran kepada ahli politik yang cuba membangkitkan isu kedaulatan raja-raja dalam agenda mereka.

“Sekiranya mereka buat lagi, kita akan cari jalan untuk mereka hentikannya,” katanya.

Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat


Dewan Pemuda Pusat sekali mencabar Pergerakan Pemuda Umno Malaysia untuk berdebat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS berdebat mengenai isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

khairy jamaluddin and umnoKali ini, Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat tentang isu siapakah sebenarnya penderhaka kepada Sultan.

Cabaran tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam surat yang dihantar kepada Khairy bertarikh hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Khairy untuk memilih tarikh, tempat dan masa yang sesuai.

Nasrudin juga menyarankan agar debat tersebut disiarkan secara langsung oleh mana-mana saluran TV untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

nasrudin hassanKetika dihubungi Malaysiakini Nasrudin berkata, surat cabaran tersebut dihantar kepada Khairy pagi tadi.

Jawab tohmahan

Menurutnya, debat itu bertujuan untuk mencari kebenaran terutama berhubung isu penderhakaan dan krisis politik di Perak.

Debat, jelasnya, adalah satu mekanisme untuk menjawab tohmahan bahawa Pakatan menderhaka kepada Sultan Perak.

“Pakatan Rakyat tidak ada peluang untuk menjelaskan kepada umum, kerana media utama dikuasai kerajaan.

“Cuma kita ada media yang terhad seperti media parti, internet dan blog untuk membolehkan masyarakat mengakses maklumat yang mana benar dan yang tidak benar,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan debat tersebut, Nasrudin berkata: “Perkara yang lebih penting ialah Pemuda Umno menerima cabaran ini.

“Terima tawaran, selepas itu kita berbincang di mana tempat dan masa yang sesuai untuk berdebat. Kita bersedia di mana dan bila-bila masa sahaja”.

Sehubungan itu, Nasrudin berharap Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau, menerima cabaran Pemuda PAS.

Bagaimanapun, tegas Nasrudin, pihak bersedia berdebat dengan mana-mana pemimpin Pemuda Umno sekiranya Khairy menolak cabaran itu.

Berita Najib dan isteri adalah kejutan baru Anwar untuk tutup kes liwat waktu pilihan raya kecil


Pasti akan ada satu kejutan besar lagi yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang dan Bukit Selembau dan Batang Ai7, jika dahulu kejutan beliau mahu dibunuh dan bersembunyi di kedutaan Turkey dan akhirnya bebas untuk ke mana saja berkempen di Permatang Pauh tanpa mempedulikan ada ugutan mahu membunuh beliau dan mewarnai arena politik Melaysia dengan kempen 916 beliau akan menjadi Perdana Menteri , rakyat tertipu (penyokong beliau) dan terpengaruh lantas menutup topik hangat liwat beliau bersama Saiful. Beliau berjaya memburukkan Saiful dan beliau pula yang mendapat simpati dari rakyat . Dunia menjadi carca marba kerana si dajal seorang ini.

Ramai yang tidak terfikir dengan tersiarnya sebuah tulisan mengenai Najib disebuah laman web pro Anwar , kejutan telah pun bermula, kejutan itu sudah pun di mulakan serentak dengan pengumuman bicara Anwar di pindahkan ke mahkamah tinggi apabila laman web pro Anwar memainkan isu Timbalan Perdana Menteri yang di tulis oleh seorang wartawan asing yang kononnya satu pendedahan baru yang menuduh Najib dan isterinya terlibat dalam isu pembunuhan model Mongolia Altantauya, Lihat berita ini akan dihangatkan oleh Anwar dalam kempen beliau bagi menutup kes liwat beliau yang akan dibicarakan tidak lama lagi. Wartawan upahan Anwar sememengnya sudah diupah untuk bersedia membuat kejutan ini. Kali ini kejutan dibuat hingga ke peringkat anatarabangsa dan kita perlu menerima akibatnya di segi ekonomi. Rakyat akan menanggung penderitaan kemelut ekonomi kerana berita ini akan mejejaskan nama baik Malaysia di mata dunia.

Namun apa juga yang akan dilakukan oleh Anwar nanti, undang-undang tetap undang-undang , Anwar tetap tidak boleh lari dengan undang-undang. Tarikh perbicaraan tetap akan di tetapkan , Anwar Ibrahim tetap akan di bawa ke muka pengadilan , pasti Anwar akan dipenjarakan sekali lagi jika sabit kesalahan beliau. Tidak kira ramai mana penyokong beliau, beliau tetap akan dipenjarakan jika sabit kesalahan beliau, Sejauh mana rakyat Malaysia yang pro Anwar mahu berdemonstrasi , sejauh mana penyokong Anwar mahu mengganas. Beliau akan tetap dipenjarakan , percayalah. Anwar tidak ada kekebalan.

Kerajaan perlu bertindak tegas, jika tidak akan lahirlah ramai lagi pembangkang yang merasa diri mereka kebal seperti Raja Petra Kamaruddin , Siva , Karpal singh dan lain lain.

Rakyat Malaysia , bukan macam rakyat di Thailand mahu pun Indonesia yang berdemonstrasi kerana anak-anak kebulur di rumah , mereka sendiri tidak mempunyai pekerjaan, mereka sendiri hidup susah dan melarat. Rakyat Malaysia ada kerja , anak rakyat Malaysia terlebih makan, rakyat Melaysia mewah. Mereka tidak akan mahu kehilangan semua ini dan merengkok di penjara kerana Anwar Ibrahim, Tidak semua yang mahu lakukan ini melainkan satu dua yang hidup dengan politik yang menangung jika tinggal dalam tahanan oleh parti politik tertentu. Rakyat Malaysia hanya berdemonstrasi pada hari jumaat selepas solat jumaat sahaja , Rakyat Malaysia akan lari terkincit-kincit bila disembur dengan water canon. rakyat Malaysia ini sebenarnya manja dan hingus meleleh.Apa yang saya maksudkan dengan rakyat malaysia itu adalah penyokong Anwar.

Anwar jangan nak kelentong la , 916 sudah banyak menyedarkan rakyat , apa juga temberang Anwar kali ini pasti akan menjadi satu ejekan dan tidak mungkin berulang lagi 916. Hari ini rakyat mula sedar dengan warna-warna sebenar Pakatan Rakyat , hanya jumud yang sudah terjumud sahaja yang tidak beranjak dari tempurung jumud mereka, Rakyat sudah dapat membaca permainan PAS PKR dan DAP. Tidak sehebat mana pun mereka , Tidak sebaik mana pun mereka . cakap tak serupa bikin. Apa kelebihan pemerintahan negeri yang diperintah oleh mereka , malahan lebih buruk dari waktu BN memerintah, Rakyat sudah lemas , rakyat sudah bosan.

oleh : Tepakbersulam

Sultan bimbang orang Melayu S’gor berpecah


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.

Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

sultan sharafuddin sultan of selangor“Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain.

“Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata,” titah baginda.

Baginda menegaskan demikian ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat Petaling Jaya semalam. Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Bernama.

Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.

Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

‘Hilang maruah’

Baginda turut melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.

Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

“Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?

“Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri,” titah baginda.

Menyentuh mengenai pengurusan masjid, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak pengurusan perlu memandang serius dan lebih prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana damai masjid.

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Templer pada mulanya adalah sebuah surau kayu dua tingkat pada tahun 1956, dan lapan tahun kemudian ia dibina semula sebagai sebuah masjid batu berbentuk payung separuh tertutup.

Berikutan dengan jumlah anak kariah yang semakin meningkat, masjid itu sekali lagi diubah suai bagi pada 1980-an, dan pada 2005 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membina semula masjid itu.

Bangunan masjid itu kini meliputi kawasan lantai seluas 7,374 meter persegi dengan ruang solat yang mampu menampung 4,000 jemaah selain kemudahan tambahan termasuk dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan kelas pengajian.

Nama Allah…PAS jawab PAS


Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Gambar-gambar suasana di luar dewan selepas itu.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.

Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.

Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” “Ini bukan politik tetapi kesucian agama”

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.