Aktivis gereja lancar kempen tandatangan isu ‘Allah’


Para aktivis gereja Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, doa, nyanyian dan dalam bahan cetak.

Para aktivis gereja Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, nyanyian dan dalam bahan cetak.

Jeffrey Kitingan and Ronnie Klassen“Kempen ini akan diadakan selama sehingga 29 Mac dan semua orang, tidak kira agama mereka, boleh menurunkan tandatangan bagi menyokong kempen tersebut,” kata Jeffrey dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu.

Kempen tandatangan tersebut juga, katanya, boleh diakses secara online melalui http://www.PetitionOnline.com/sabahan/petition.html.

“Kita akan menyerahkan satu memorandum bersama dengan tandatangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya,” katanya.

Beliau juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan amarannya baru-baru ini bahawa mereka (penganut Kristian) yang menggunakan perkataan Allah dalam bahan cetak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jeffrey – adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan – juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Penganjur bersama Ronnie Klassen, seorang ahli perniagaan, menyuarakan keyakinannya bahawa versi online kempen tandatangan itu akan menarik sokongan dari Vatican dan masyarakat antarabangsa.

‘Tak boleh halang sidang Umno’


Oleh Khairul Azran Hussin khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Mahkamah tidak mempunyai kuasa mengeluarkan perintah menghalang pemilihan dan Perhimpunan Agung Umno daripada diadakan bulan ini, walaupun dua ahli parti itu mengancam memohon perintah untuk berbuat demikian, kelmarin.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Seksyen 18C Akta Pertubuhan, 1966 secara jelas melarang mahkamah daripada mendengar apa juga keputusan parti (termasuk tarikh Perhimpunan Agung).

Selain itu katanya, jika pemilihan parti tidak dijalankan selepas 25 Mac, ia melanggar peruntukan Akta Pertubuhan, 1966 dan Perlembagaan Umno yang menyatakan bahawa proses itu mesti diadakan tiga tahun sekali (atau 18 bulan selepas tiga tahun).

“Saya juga ingin ingatkan kepada mereka mengenai Fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyatakan ‘mana-mana ahli yang membawa perkara parti ke mahkamah, hilang keahliannya secara sendirinya,” katanya dalam laman web parti, semalam.

Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umno Cawangan Bandar Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Bahagian Subang, Datuk Mazlan Harun yang bercadang memohon perintah mahkamah menghalang Perhimpunan Agung Umno diadakan bulan ini jika isu politik wang dan salah laku dalam parti itu gagal diselesaikan segera.

Mereka turut mengaku bersedia menghadapi sebarang tindakan daripada Umno termasuk digugurkan keahlian seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Umno kerana membawa perkara berkaitan parti ke mahkamah.

Mazlan dilaporkan berkata, mereka membuat gesaan itu supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan kes politik wang dan salah laku yang sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Lembaga Disiplin Umno.

“Tindakan drastik ini bukan bertujuan merosak, menghina atau memperlekeh Umno tetapi bagi mengelak parti dipertikai, hilang kredibiliti dan tidak dihormati ahli, orang Melayu, rakyat serta pembangkang,” katanya.

Tengku Adnan berkata, Kadar dan Mazlan juga boleh dilucutkan keahlian dalam parti berkuat kuasa serta-merta jika terus bercadang memohon perintah mahkamah itu.

Katanya, dua ahli Umno itu tidak berhak mendesak perhimpunan agung ditangguhkan sehingga kes politik wang diselesaikan dan tiada peruntukan dalam Akta Pertubuhan dan Perlembagaan Umno mengatakan ia tidak boleh diadakan melainkan masalah politik wang selesai.

“Sebagai Setiausaha Agung, saya sudah sebut jika ada laporan yang dihantar menunjukkan penyelewengan berlaku, tindakan mesti diambil sebelum Perhimpunan Agung Umno. Jika ada penyelewengan, tidak semestinya perhimpunan dibatalkan,” katanya.

Mengulas dakwaan tiada tindakan yang diambil oleh SPRM dan Lembaga Disiplin Umno berhubung laporan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, Tengku Adnan berkata, tuduhan terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu tiada kaitan dengan politik wang.

“Jika ada unsur politik wang di mana peringkat sekalipun, sudah pasti Lembaga Disiplin dan SPRM akan mengambil tindakan,” katanya.

Polis siasat 28 Adun Pakatan bersidang bawah pokok


Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram, lapor Sin Chew Daily.

Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.

perak state govt crisis state adun assemble under the rain tree 030309Mereka berbuat demikian apabila gagal memasuki bangunan rasmi DUN setelah dihalang oleh polis.

Adun DAP Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong semalam dipanggil ke balai polis Ipoh selama dua jam untuk siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

Beliau, yang juga exco kerajaan Perak bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, hadir bersama lima peguam.

Polis juga mencari enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, Selasa lalu, sewaktu 28 orang wakil rakyat itu cuba memasuki DUN.

Enam orang ini dipercayai kehendaki berhubung dakwaan maki-hamun polis sewaktu pihak berwajib itu cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.

Polis setakat ini membuka 31 kes siasatan sejak krisis politik di negeri itu awal bulan lalu, melibatkan 12 kes perhimpunan haram, dua (Akta Hasutan), tiga (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak) dan 14 (Kanun Keseksaan).

Semua siasatan kes ini sekarang di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pendakwaraya dalam waktu terdekat, kata Zulkifli.

Kes liwat Anwar dibicara di Mahkamah Tinggi


Ding dong mengenai kes dakwaan liwat Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan kebelakangan ini berkisar pada di mahkamah mana ia akan dibicarakan.Pagi Khamis Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohammad Zabiden Mohd Diah menolak keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini agar ia dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Makanya kes berkenaan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.Beliau membuat keputusan berkenaan selepas menerima semakan kehakiman yang dikemukakan pihak pendakwaan.Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 10 Mac ini untuk menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.Saiful dakwa Anwar meliwatnya di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.