Tiada konspirasi – PM Kononnya wujud usaha untuk menganiaya Anwar menerusi dakwaan liwat

PUTRAJAYA 18 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tidak ada sebarang konspirasi di sebalik dakwaan liwat yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan tersebut juga bukan hendak menganiaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

‘‘Tak ada. Tak usah percaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Teksi Hydrofuel di Dataran Putra di sini hari ini.

Beliau ditanya kebimbangan masyarakat antarabangsa kononnya wujud usaha untuk menganiaya Anwar menerusi dakwaan liwat yang sedang dihadapinya itu.

Amerika Syarikat dan Jepun sebelum ini menyatakan bahawa negara tersebut melihat penahanan pemimpin pembangkang itu atas tuduhan liwat sebagai sesuatu yang perlu diberi “perhatian serius”.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan masyarakat antarabangsa itu hanya satu persepsi bahawa apa yang berlaku hari ini sama seperti pada 1998.

“Macam mana kita hendak kawal apa yang orang hendak percaya dan apa orang hendak kata. Yang dituduh itu, tidak betul sekali,” katanya.

Abdullah turut menjelaskan polis memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) baru Anwar kerana sampel yang ada sudah disimpan terlalu lama.

“Itu sudah lama. Kena minta sampel barulah. Apa salahnya. Kalau dia betul-betul kata tidak terlibat, bagi sampel. Buat sekarang. Saya hendak tengok.

“Dia kata dia tidak buat apa-apa.. tentu hasilnya akan membuktikan dia tidak melakukan apa-apa. Itu caranya. Apa susah sangat,” tegasnya.

Abdullah menambah, jika boleh beliau juga ingin melihat kes tersebut dapat diselesaikan segera.

Mengenai permintaan Anwar supaya siasatan dilakukan dengan profesional, Perdana Menteri berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

‘‘Saya bila-bila boleh bagi jaminan akan menjalankan siasatan dengan profesional. Tak ada masalah. Dahulu isteri dia (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) datang minta jaminan keselamatan suaminya. Saya jamin tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Anwar, 61, berdepan dengan dakwaan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dia diliwat oleh bekas majikannya itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: