‘Haram’ media di DUN Kedah tetap berjalan


Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

“Saya hanya menjalankan tugas,” katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.

Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku.

[Baca berita penuh]

————————————————————————————————————————————————

Kerajaan PAS Kedah gam media…mari tengok cakap NUJ laku ke tidak

Larangan kerajaan negeri PAS Kedah keatas sebilangan media membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri selama tiga hari mulai Ahad menjadi ujian pertama samaada cakap Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) ‘laku’ atau tidak.

Berbeza dengan kebiasaan yang melibatkan satu atau dua syatikat media tetapi larangan kali ini melibatkan kebanyakan media arus perdana.

Mengikut larangan yang dikatakan dikeluarkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah semua media lain dilarang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri itu kecuali Harakah, The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily dan Makkal Osai.

Ini bermakna Utusan Malaysia, Berita Harian, Bernama, TV3,RTM, New Straits Times dan sebilangan lain tidak boleh buat liputan.

Dipercayai larangan ini ada kaitan dengan kemarahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak terhadap laporan mengenai isu bantuan kepada mangsa banjir di Kedah.

Beliau angin satu badan semasa soalan mengenainya diajukan wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu.

Presiden NUJ Hatta Wahari mengajak semua media memboikot liputan sidang DUN Kedah jika larangan itu tidak dibatalkan.

Ia sekaligus menjadi ujian kepada kekuatan pengaruhnya selaku presiden baru NUJ samada media yang dibenarkan, kecuali Harakah , nak dengar atau tidak cakapnya untuk sama-sama boikot liputan sidang DUN itu.

Larangan kerajaan negeri Kedah ini juga dikatakan kayu ukur sikap PAS terhadap kebebasan media. Ada wartawan yang berkata PAS hanya nampak media lain manupuilasi isu berkaitan dengannya tetapi ‘ tutup mata’ apabila Harakah ‘pakai hentam’ apa sahaja isu melibatkan BN.-13/11/2010

————————————————————————————————————————————————-

Soalan pasal banjir buat MB Kedah geram….

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak angin satu badan bila wartawan bertanya soal banjir di negeri itu.Beliau jelas tidak puashati dengan isu kelembaban kerajaan negeri hulur bantuan kepada mangsa banjir yang banyak dimainkan media.

Ketika soalan mengenainya ditanya masa sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Alor Star Rabu,Azizan minta hal itu ditanya pada Majlis Keselamatan Negara,RTM dan TV3.

Beliau juga kedengaran merungut-rungut sambil minta ‘buat kerja secara Islam’ ketika meninggalkan bilik sidang akhbar.

Sepanjang kejadian banjir di negeri itu ramai mangsa mengadu kepada media kerajaan negeri PAS itu agak lembab dalam menghulurkan bantuan.

Mereka sebaliknya berterima kasih kepada agensi bantuan kerajaan pusat dan pimpinan UMNO tempatan yang segera membantu mereka.-10/11/2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: