DAP: Bukan Islam dipaksa ikut cara Islam


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam, lapor Harakahdaily.

Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, perkara itu berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang. Beliau menuntut Zahid memberikan identiti pelatih yang terbabit dengan kes itu.

“Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam.

“Sekiranya kerajaan BN mengangap kes di atas merupakan satu-satu kes yang berlaku di negara ini, maka saya akan memberikan satu lagi contoh untuk membuktikan kes tersebut bukan satu kes terpencil tetapi merupakan a tip of the iceberg,” katanya.

Mengenai kejadian pada 13 April 2008 lalu itu, kata Er sekiranya pelatih enggan untuk membuat perkara yang sama maka dia akan dipaksa untuk meninggalkan kem.

Selain itu, tambahnya pemberi maklumat juga risau akan dipecat kerana membongkarkan isu itu.

Baginya, Askar Wataniah merupakan pertubuhan penting dalam sistem pertahanan negara.

Mereka yang menyertai askar wataniah tidak kira berasal dari mana-mana kaum, matlamatnya adalah sama iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan memberikan sumbangan kepada negara.

Malangnya, kata beliau remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bercita-cita untuk mempertahankan negara telah berasa tidak senang hati kerana gangguan ke atas kepercayaan mereka daripada kumpulan fanatik agama yang wujud dalam pasukan.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2006, kaum Cina hanya membentuk 5 peratus daripada jumlah askar wataniah di mana Rejimen 509 Askar Wataniah yang terletak di Lebuhraya Peel merupakan satu contoh yang baik.

Rejimen ini menerima penyertaan hangat daripada orang Cina. Penyertaannya adalah tidak berasalkan kaum, malah pelatih telah mengadakan road show di setiap sudut untuk menyedarkan golongan remaja bahawa kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kaum Cina yang menyertai askar wataniah juga terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan profesional.

Program askar wataniah telah memberikan masa yang fleksibel kepada para peserta untuk menggalakkan penyertaan mereka ke dalam perkhidmatan askar wataniah. Mereka akan dilatih pada hujung minggu. Latihan rekrut adalah lebih kurang seperti latihan sebenar malah mereka juga diberikan gaji.

Peserta boleh memilih Latihan Tempatan atau Latihan Lanjutan apabila latihan rekrut tamat. Mereka akan dibahagikan kepada latihan ketenteraan yang berlainan seperti Kor Armour, Rejiman Askar Jurutera, Rejimen Semboyan dan sebagainya.

“Malangnya, askar wataniah yang tidak membezakan warna kulit, terkenal dengan tindakan tatatertib yang ketat dan reputasi yang baik, kini reputasinya telah dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN.

“Situasi yang berlaku kini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menjanjikan kebebasan beragama,” ujar Er lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: