1Malaysia-1Israel:Anwar dirujuk ke Jawantakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana alasan yang diberikannya dalam jawapan di parlimen Selasa lalu gagal membuktikan dakwaan beliau apabila menuduh idea 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Parlimen, Khamis.

“Saya telah meneliti ucapan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang dibuat dalam Dewan dan mendapati ia langsung tidak menunjukkan bukti yang kukuh menyokong dakwaannya bahawa 1Malaysia ini diambil dari One Israel.” kata beliau.

Malah, katanya Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan, menafikan perkara yang dibangkitkan oleh Anwar.

Menurut Nazri, apa yang diperjelaskan oleh Anwar pada Selasa lalu hanya mengaitkannya dengan perkara tidak berkaitan.

“Dia hanya bercakap tentang Apco yang digunakan oleh diktator-diktator. Itu bukan bukti yang kukuh bahawa 1Malaysia datang dari idea Yahudi atau Israel,” katanya.

“Setelah kita mengkaji, kerajaan memutuskan untuk merujuknya ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya akan hantar surat kepada Speaker esok dan tarikh isul ini dibentang serta dibahas akan ditentukan kemudian,” katanya.

Nazri berkata jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan Speaker dan diwakili oleh ahli-ahli BN dan disertai seorang dari PAS, DAP dan PKR.

Menurut Nazri, mengikut proses, beliau akan membentang usul untuk dibahaskan.

“Pembangkang akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Kemudian saya akan diminta untuk menggulung, diikuti oleh proses mengundi.

“Kalau usul dilulus, maka ia akan dirujuk kepada jawatankuasa yang akan bersidang dan mengambil keputusan. Apa juga keputusan akan dibawa balik kepada dewan dan akan dijadikan lagi sebagai usul.

“Saya akan membawa usul itu dan mengikut cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa. Keputusan jawatankuasa pula perlu diusul dan dibahas dan diundi. Ini bermakna akan berlaku dua perbahasan dan dua pengundian.” ujarnya

Apabila ditanya sama ada usul akan diteruskan jika Anwar tidak hadir, beliau berkata akan dipastikan pada hari berkenaan Ketua Pembangkang itu akan hadir.

“Ketidakhadiran ahli tidak akan jejaskan perjalanan sidang kita,” katanya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen.

“Kerajaan mengambil keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan 18(2),” katanya.

Menurut Nazri kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan memndapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.

“Anwar langsung tidak tunjukkan bukti untuk sokong dakwaan 1Malaysia diambil daripada 1Israel.
“Apa yang dijelaskan itu tidak beri bukti nyata, hanya kaitkan secara ‘circumstantial’ perkara lain, seolah-olah Apco diguna oleh operator-operator itu bukan bukti kukuh untuk kaitkan One Israel.
“Apco juga telah keluarkan kenyataan, disebarkan melalui akhbar, penafian terhadap dakwaan Anwar.
Katanya lagi, beliau bercadang untuk menghantar surat secepatnya esok kepada jawatankuasa berkenaan, yang akan dipengerusikan speaker dewan, untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

Anwar semasa ucapan lebih tiga jamnya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan “One Israel’.

Menurut beliau, Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan ‘One Israel’.

Nazri kemudiannya memberi ketua umum PKR itu tempoh seminggu untuk memberikan penjelasannya pada Selasa lalu.

Anwar kemudiannya menggunakan kesempatan itu untuk mendedahkan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: