PKR: kalut….kalut…kalut…satu lagi Ahli Parlimen PKR umum keluar parti…bekas Setiausaha Agung dakwa 10 lagi akan menyusul


Oleh: ROSLAN BIAN DAN NOORHASILAH ISMAIL

Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR.  Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.

Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini.  Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta.

Pada 24 Februari baru ini Tee Beng mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR selama dua jam kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali.  Katanya beliau ambil keputusan keluar PKR kerana sangat kecewa dengan kepimpinan parti.  Beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu dalaman parti dan lebih obses untuk menawan Putrajaya.

Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi.

Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137.  Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti.

Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti.  Beliau juga menjangka Anwar akan berusaha sedaya upaya memujuk mereka agar jangan keluar.  Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti.

Sebelum ini Sallehuddin hadir sama semasa sidang akhbar Ahli Parlimen PKR Bayan Baru umum keluar parti pada 12 Februari.  Beliau mendakwa kini PKR lebih mengutamakan orang baru dan mengenepikan orang lama.

Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang dibelakang tindakan keluar parti Tee Beng dan Zahrain.

Katanya kedatangannya hari ini adalah atas jemputan Tee Beng. Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairuddin umum keluar PKR untuk masuk UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: