Selamat datang ke ‘ mahkamah keadilan rakyat’


Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Ingatkan selepas peguam Karpal Singh yang bertindak bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya mahu Hakim Datuk Mohamed Zabidin undur diri dari jadi hakim kerana didakwa bias tidak ambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia… keadaannya akan slowdown dan tiada lagi tindak tanduk yang boleh menghina mahkamah.

Ini kerana fakta yang dianggap oleh sesetengah pihak remeh mengenai perkataan ‘ katil’ dan ‘ lagi’ dalam laporan akhbar berkenaan itu dilihat maha besar oleh pasukan peguambela Anwar hingga hakim perlu ditukar.

Mereka yang berpeluang hadir di Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves Khamis malam dapat melihat sendiri cara sandiwara bagaimana pakatan pembangkang ‘menghormati’ sistem perundangan dan mahkamah negara.

Ceramah anjuran Pakatan Pembangkang bertajuk ‘Selamatkan Malaysia : Tolak Fitnah 2’.Pada ketika terus mendesak mahkamah ikut kehendak mereka ceramah ini menjadi medan mempertikaikan kes liwat Anwar.

Tidak kurang menarik Datuk Seri Nizar Jamaluddin pun tumpang semangkok melanyak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader sebagai Menteri Besar Perak.

Sedangkan mengikut aturan dan peraturan perundangan tindak tanduk begini nyata menghina mahkamah @ contempt of court .

Dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang itu Anwar pergunakan sepenuhnya gelanggang itu untuk mengaut simpati orangramai agar terus mempercayai beliau tidak bersalah dan menganggap kes liwatnya itu merupakan satu fitnah dan jahat UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.

Beliau seperti biasa tampil dengan stail ucapan yang ‘ mesra rakyat’ antara lain mendakwa perbicaraan kes liwat ke atasnya itu antara usaha untuk memecahbelahkan Pakatan pembangkang.

“Kita faham perkara ini akan dilakukan sejak tiga bulan lalu, kes perbicaraan saya dan juga keputusan mahkamah ke atas menteri besar Perak,” katanya.

Juga sudah menjadi amalan biasanya memetik orang-orang ternama di luar negara seperti ulama Sheikh Yusuf Al Qadarawi yang dikatakan begitu prihatin terhadap kesnya.

“Saya rujuk pada pemimpin, Sheikh Yusuf Al Qadarawi…dia kata apa..dia kata, Anwar kena sabar…enta kena istiqamah dalam perjuangan, enta kena sabar dan ana akan kumpulkan seluruh kekuatan majlis ulama dunia melawan orang-orang fitnah terhadap enta,”katanya.

Beliau terus melakarkan cerita mendapat sokongan dari seseorang kenalan yang berada di suatu tempat di Kerala menelefonnya pada jam 12.40 malam.

Menurut Anwar, Sheikh itu memintanya mengambil air sembahyang dan duduk di sejadah kerana pada ketika itu seramai 10,000 orang sedang berdoa untuk keselamatan dan kemenangannya.

Katanya lagi, “…dua hari sudah, orang Kristian dari Korea telah beritahu bahawa mereka telah adakan majlis ‘doa’ untuk kemenangan dan keselamatan saya.”

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Anwar mengingatkan bahawa minggu depan barisan peguamnya akan mula menyoal Saiful dan menganggap kesnya adalah yang pertama di dunia yang mendapat pengesahan doktor bahawa tidak ada apa-apa ‘masuk’.

“Bila giliran peguam saya soal, kita akan soal…saya yakin kali ini jangan nak ulangi kezaliman 1998…kali ini kita akan tahan dan lawan habis-habisan. Jangan saudara rasa runsing…saya rasa tak jadi, insyaallah…tuhan takdirkan tak jadi…tak jadilah, percayalah pada saya…kita lawan.” ujarnya.

Nizar dalam ucapannya antara lain mendakwa keputusan Mahkamah Persekutuan keatas kesnya vs Dr Zambry sudahpun kita jangka. “Kita sudah agak ia akan berlaku begitu,” katanya.

Beliau mendakwa keputsuan mahkamah itu sebaliknya membuat sokongan kepadanya bertambah.

Malah beliau dakwa banyak lagi negeri yang akan tumbang hasil daripada kezaliman yang lakukan di Perak.

Tidak kurang menarik Nizar mendakwa tidak mungkin Anwar meliwat Saiful kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.

“Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

“Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?” beliau bertanya kepada hadirin.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucapannya antara lain mengajak orangramai memboikot akhbar Utusan Malaysia.

Beliau sebaliknya menyeru mereka membaca laman-laman web yang pro pembangkang sahaja.

Aksi di Dewan Sri Siantan ini bukanlah sesuatu yang baru .Tindak tanduk untuk menghakimkan kes liwat Anwar diatas pentas ceramah seperti ini sudah berjalan di beberapa tempat kebelakangan ini menjelang bermulanya perbicaraan.

Ada beberapa tempat ia kurang mendapat sambutan hingga meresahkan penganjur dan sesetengah tempat khususnya di kawasan bandar jumlah hadirin ramai.

Dicelah hadirin di dewan itu ada juga kedengaran bisikan suara sinis yang berkata kalau beigini Saiful juga patut buat roadshow untuk berentap dengan Anwar diatas pentas ceramah.

Kata seorang pada rakannya negeri-negeri yang dikuasai pembangkang juga patut mengusulkan dibubarkan semua mahkamah yang ada di negeri mereka.

“Buat pentas mahkamah begini…bicara semua kes sesuka hati…barulah keadilan rakyat namanya,”katanya sambil tertawa dan bisik lagi kepada rakannya dia sengaja datang untuk melihat sendiri sandiwara ini.

“Hairan juga hari tu Saiful cabar ajak bersumpah di masjid Anwar tak berani.Main sentimen orang cara begini memang senang …kita tunggulah saja peguam pendakwa dan pembela berentap di mahkamah yang betul nanti”katanya.-13/2/2010

Advertisements

One Response to “Selamat datang ke ‘ mahkamah keadilan rakyat’”

  1. Memang begitulah sikap pembangkang…segala yang datang daripada kerajaan merupakan penindasan dan kekejaman kepada mereka..kalau kerajaan buat sesuatu keputusan yang memuaskan hati mereka ,mereka kata itulah hasil desakan dan kekuatan Pakatan Rakyat….apa-apapun depa mesti cakap depa betui punya…kes liwat Anwar…dulu mungkin orang kurang percaya tapi sekarang lain…sumpah Al Quran merupakan tindakan terakhir seseorang manusia beragama Islam/….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: