PKR hilang satu kerusi parlimen… Zahrain umum keluar parti jadi Ahli Parlimen Bebas…hilang keyakinan pada Anwar


Retak sudah jadi belah…itu kisahnya bagi senario politik pakatan pembangkang di Pulau Pinang.Ini bila Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan beliau keluar dari PKR.

Beliau membuat pengumuman rasmi itu dalam sidang akhbar khas di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 11 pagi Jumaat.

Katanya beliau kini akan jadi Ahli Parlimen BEBAS yang tidak sokong Barisan Nasional.

“Niat untuk masuk parti-parti lain tidak ada, saya akan keluar dan menjadi sebagai seorang Independent (Bebas). Saya adalah orang yang bebas,” katanya.

Keputusan itu adalah kemuncak krisisnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya cauvinis dan berfikiran komunis.

Guan Eng pula telah menafikan dakwaanya Zahrain.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula backing Ketua Menteri itu.Zahrain telah diarah mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 Zahrain menewaskan calon BN-MCA Ooi Siew Kim dengan majoriti undi 11,029 undi.Beliau dapat 27,618 undi manakala Ooi 16,589.Zahrain ialah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang sebelum digantikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman.

Di Pulau Pinang dari 13 kerusi parlimen ,Pakatan pembangkang menang 11 kerusi.Dua kerusi yang dimenangi BN ialah Kepala batas dan Tasek Gelugor.

Dalam sidang akhbar berkenaan,Zahrain mempertahankan dakwaannya terhadap Guan Eng.

“Amalan Guan Eng dan konco-konconya, bukan sahaja bersikap angkuh dan tidak boleh menerim teguran dan kritikan, malahan mereka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik sempit DAN agenda jahat mereka,” katanya.

Beliau juga menegaskan sudah hilang kepercayaan pada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun sudah mengenali mantan timbalan perdana menteri itu secara peribadi lebih 30 tahun.

Menurutnya PKR sendiri sudah tidak lagi memperjuangkan ‘ reformasi ‘ sebenar yang dicanangkannya. “Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.

“Sebaliknya, mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini,” katanya.

Katanya beliau juga sudah hilang keyakinan pada perjuangan pakatan pembangkang.  Zahrain mendakwa pakatan pembangkang tidak akan bertahan lama.

Katanya beliau tidak mahu jadi sebahagian dari kumpulan yang memusnahkan negara,bangsa dan agama.  Dakwanya orang macam Guan Englah yang akan memusnahkan pakatan.

Zahrain berkata terpulang kepada ahli parlimen lain untuk membuat keputusan keluar PKR jika tidak lagi berpuashati dalam pakatan rakyat.

Beliau yang pada mulanya hanya bersedia menjawab dua soalan selepas membaca kenyataan akhbar tiga halaman mengenai tindakan keluar parti terpaksa mengalah soalan demi soalan yang diajukan lebih 40 petugas media yang hadir.

Malah ketika seorang wartawan bertanya tidakkah tindakan itu ‘lompat parti’, Zahrain secara sinis berkata, “16 September itu apa ?”.

Beliau merujuk rancangan Anwar menawan Putrajaya melalui pintu belakang dengan berusaha membeli 30 wakil rakyat BN.

“Saya sendiri masa itu percaya satu perubahan besar akan berlaku,” katanya.  Zahrain juga menjelaskan, beliau tak mahu pening kepala terus kekal dalam PKR tiada demokrasi dalam parti itu apabila tiada lagi hak bersuara malah kritikan dan teguran beliau dibalas serangan dengan tidak tentu hala.

“Saya tidak mahu rakyat tertipu dengan retorik Pakatan Rakyat,” katanya. Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim yang hadir sama di sidang akhbar berkenaan berkata pada wartawan kemudian bahawa kini pimpinan PKR tidak boleh lagi syok sendiri.

Zahrain memberikan jaminan kepada para pengundinya di Bayan Baru bahawa beliau tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilihnya serta menasihati rakyat supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan PKR-PAS-DAP.

Katanya mereka harus kaji kenapa Zahrain dan mereka lain yang tidak puashati bertindak begitu.  Beliau bagaimanapun enggan ulas kedudukannya sendiri dalam parti itu kerana majlis hari ini adalah majlis Zahrain dan hadir memberi sokongan peribadi kepada ahli parlimen tersebut..

Salehuddin baru-baru ini umum letak jawatan Setiausaha Adung PKR tetapi kata beliau masih ahli parti.-12/2/2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: