‘Ramai terkejut keputusan PAS gantung Khalid’


Pemuda PAS Shah Alam berpendapat, walaupun jawatankuasa disiplin parti melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin, masih ramai yang terkejut dengan keputusan yang dikenakan terhadap dua pemimpinnya.

Menurut dewan itu, tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Hasan Ali (kiri) dan yang dipertuan (YDP) Shah Alam Khalid Samad mustahil dapat memuaskan semua pihak kerana kes tersebut rumit dan jarang berlaku.

“Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Shah Alam dan pesuruhjaya PAS Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

“Dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan,” kata dewan itu.

Jumaat lalu,

pengerusi jawatankuasa disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid dan Dr Hasan bersalah terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Sehubungan itu, jawatankuas itu menggantung jawatan Khalid sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik parti selama enam bulan.

Sementara Hasan pula hanya diberikan amaran bertulis. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

‘Khalid sepatutnya dianggap hero’

Dalam satu kenyataan hari ini, dewan itu menyeru supaya keputusan itu dijadikan pengajaran dan tidak dibesar-besarkan kerana PAS “masih belajar cara menguruskan kemenangam” dan “memahami rentak”.

“Janganlah dilihat kesalahan ini terlalu besar sehingga tidak boleh dimaafkan. Malang lagi kalau masih ada yang terus membesar-besarkan kesalahan ini. Sampai bila pun penyelesaian tidak akan terlaksana,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, seorang exco Pemuda PAS Abdullah Karim berpendapat, keputusan jawatankuasa disiplin pada 29 Januari lalu tidak boleh diterima dan menghantar isyarat yang salah terhadap rakyat Malaysia.

“Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Selangor hanya diberi amaran sahaja.

“Saya rasa hukuman terhadap Hasan hanya sekadar wayang untuk ‘membersihkannya’ dan pada masa yang sama Khalid terus dimangsakan.”

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda Pahang berkata, Khalid yang sepatutnya dianggap ‘hero’ mempertahankan Pakatan telah diheret dan “menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan dalam PAS”.

Sementara itu, pemangku YDP PAS Shah Alam, Azli Yusof berkata, pihaknya akan terus mendokong kepimpinan Khalid “memperjuangkan kesyumulan dan keadilan Islam” dan “memberikan khidmat terbaik dan berterusan kepada masyarakat”.

“Tambahan pula, Khalid boleh meneruskan tugas biasa beliau sebagai seorang ahli parlimen yang tidak akan terhalang dengan keputusan itu.

“Penggantungan Khalid tidak akan menjejaskan perjalanan kerja dan kedudukan PAS Shah Alam kerana selama ini, PAS kawasan ini digerakkan secara berjamaah, sebagai sebuah organisasi,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: