Dr Asri cadang 6 panduan guna kalimah Allah


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan enam garis panduan utama untuk diteliti berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam.Katanya, garis panduan tersebut dicadangkan bagi “mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum”.

Menulis Dr Mohd Asri, ini adalah beberapa cadangannya mengenai hal tersebut untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

“Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain,” tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

Enam garis panduan tersebut dicadangkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung tindakan mahkamah itu, sebalik mengusulkan supaya merujuk terus ke laman blognya.

Menulis dalam blognya Dr Mohd Asri berkata “bukan Muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam”.

“Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat,” tulisnya.

Menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu lagi “isu tersebut lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempatan, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas Islam”.

Dr Mohd Asri berharap pembaca dapat membaca kenyataan beliau itu bersama dengan artikel yang ditulisnya dalam blognya bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah”.

Beliau juga menegaskan dalam garis panduan itu bahawa “bukan Muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan”.

“Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain,” tulisnya lagi.

SUMBER:  Malaysiakini

————————————————————————————————————————————————–

Ini pendapat Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekalipun pengunaan kalimah Allah oleh agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi dibenarkan namun beliau bimbang ia boleh disalahguna.

Serentak dengan itu beliau mencadangkan agar ditubuhkan sebuah badan perundingan antara pihak Islam dan Kristian secepat mungkin untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini.kata Menteri Besar Kelantan itu pada wartawan selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di Kota Bharu.

Nik Aziz berkata beliau bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru.

“Dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.,katanya.

Sementara itu PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Isnin malam bagi merumuskan pendirian rasmi parti mengenal hal berkenaan.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dijangka akan membuat kenyataan rasmi mengenainya selepas mesyuarat berkenaan.
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang tidak setuju dengan pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berkata isu berkenaan harus merentasi batas fahaman politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: