Aktivis Islam rancang adakan demonstrasi


Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan “Allah” dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.

Setiausaha agung Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP yang pihaknya merancang mengadakan satu demonstrasi besar untuk membantah keputusan mahkamah itu.

Dato’ Seri Harussani,  Keputusan mahkamah itu sebagai “satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini.

Katanya, beliau dan 50 aktivis Melayu telah mengadakan protes berhubung keputusan tersebut Jumaat lalu.

Syed Ali berkata, pihaknya bimbang keputusan mahkamah itu akan bermakna mubaligh Kristian kini boleh menggunakan kalimah Allah, dan menimbulkan kekeliruan (identiti) Muslim dan menjejaskan keharmonian beragama.

Sementara itu, penasihat gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican berkata, walaupun keputusan mahkamah itu dihormati, tetapi kerajaan perlu membuat rayuan.

“Kita mahu hidup aman dengan semua agama di sini tetapi kalimah “Allah” secara tradisinya telah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan orang Islam, yang mana berbeza dari Kristian, dan ini mesti ditangani,” katanya kepada AFP.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula dipetik dalam laporan Utusan Malaysia sebagai  menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai “satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini.

Akhbar Herald dicetak dalam empat bahasa dengan pengedaran sebanyak 14,000 nashkah seminggu.Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, JPM akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau juga meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan. Berita asal

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: