Raja Petra ditaja pihak tertentu di London?


Sebuah pangsapuri di Gloucester Terrace, Bayswater, London yang dipercayai tempat tinggal Raja Petra Raja Kamarudin (gambar kecil).

Gaya hidup mewah pengendali web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 59, yang mampu tinggal di sebuah pangsapuri di Gloucester Terrace, Bayswater, London, dipercayai ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut sumber, pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan Raja Petra dibiayai oleh individu tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia.

Ditanya mengenai kelewatan permohonan untuk mendapatkan ekstradisi, beliau berkata, proses tersebut selalunya memakan tempoh yang lama.

“Kadang-kala proses itu akan mengambil masa sehingga enam bulan dan perkara itu bergantung kepada kepentingan sesuatu kes,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, PDRM tidak mempunyai hak menahan mana-mana suspek walaupun dalam senarai dikehendaki sewenang-wenangnya di negara asing tanpa melalui proses ekstradisi.

Bagaimanapun memandangkan Raja Petra memasuki negara tersebut menggunakan dokumen palsu, penahanan penulis blog itu boleh disegerakan sekiranya kerajaan United Kingdom berhasrat untuk menggunakan Akta Imigresen.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog http://www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: