Ahli Parlimen ‘import’ tutup mulut


Ahli-ahli Parlimen ‘import’ Pas di Kelantan mengambil jalan selamat dengan mengunci mulut berhubung pendirian Pas negeri itu yang akan mempertimbangkan hanya calon tempatan sahaja bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak lain untuk menilai prestasinya.

”Saya enggan komen, tidak manis kerana saya merupakan orang yang terlibat secara terus dalam isu ini. Biarlah orang lain yang beri komen dan menilai prestasi saya,” katanya yang berasal dari Johor dan memenangi kerusi Parlimen itu selama dua penggal berturut-turut bermula 2004.

Pada masa ini terdapat empat ahli Parlimen dari luar negeri itu yang memenangi kerusi di Kelantan. Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Parlimen Bachok); Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas; Bendahari Pas, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Kuala Krai) dan Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Salahuddin diminta mengulas pendirian Pas Kelantan untuk mempertimbangkan cadangan agar hanya anak kelahiran negeri itu sahaja diberi keutamaan menjadi calon Parlimen dalam PRU akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam dilaporkan berkata, cadangan agar anak kelahiran tempatan diberi keutamaan menjadi calon bertanding kerusi Parlimen dalam PRU akan dibincangkan dalam mesyuarat Pas negeri.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Muhammad Daud yang mengemukakan cadangan itu.

Pada PRU lalu, Pas Kelantan memperuntukkan tiga kerusi Parlimen kepada pemimpin tertinggi parti itu yang berasal dari luar. Sementara itu, Saifuddin yang berasal dari Kedah merupakan satu-satunya calon PKR yang bukan anak tempatan bertanding di kerusi Parlimen negeri ini.

Pakatan pembangkang ketika itu memperuntukkan sebanyak tiga kerusi Parlimen di negeri ini untuk ditandingi PKR iaitu Parlimen Machang, Tanah Merah dan Ketereh. Mereka memenangi kesemua kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Hatta ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai cadangan Pas negeri itu. Beliau memberikan reaksi ringkas: “Saya rasa cukuplah dengan kenyataan Salahuddin itu, saya tidak mahu tambah apa-apa.” Mengulas isu sama, Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR berkata, cadangan itu tidak membabitkan calon PKR, malah ia lebih terarah kepada calon Pas sahaja.

”Komen Menteri Besar itu hanyalah berkisar mengenai calon Pas. Tidak ada kaitan dengan PKR. Jadi terserah kepada Pas,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: