Ketuanan Melayu boleh hilang


Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my

Ibrahim Ali bersalaman dengan hadirin pada majlis pelancaran Perkasa Perlis di Kangar, semalam,



KANGAR 20 Dis. – Hak ketuanan Melayu akan hilang di Malaysia jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas terus diperalatkan DAP untuk menumbangkan UMNO menerusi sistem pilihan raya umum.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tanda-tanda ke arah itu semakin ketara ditunjukkan terutama di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini golongan bukan Melayu terutama Cina dan India semakin berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan bumiputera di Malaysia.

“Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli politik itu kian berani bertindak kerana puak-puak ini bersekongkol dengan PKR dan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Perkasa Perlis yang dihadiri kira-kira 500 orang di Hotel Putra Palace di sini malam tadi.

Ibrahim memberitahu, salah satu sebab bukan Melayu kian berani mempertikaikan hak ketuanan di negara ini ialah kerana mereka bersekongkol dan mendapat sokongan daripada PKR dan Pas.

Contohnya, kata beliau, apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri terus diperalatkan bukan Melayu terutama DAP.

“Anwar sahabat saya. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri dan menggunakan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita itu. Anwar menjanjikan pelbagai ganjaran mengikut kemahuan orang Cina dan India yang menyokongnya.

“Orang Melayu di Malaysia perlu sedar, bahawa kedudukan mereka di tanah air sendiri kini umpama telur di hujung tanduk,” tegasnya.

Selain itu, Ibrahim menyatakan bahawa UMNO kini sedang berlumba- lumba dengan Pas untuk mendapatkan sokongan bagi meraih undi Cina melalui pilihan raya.

“Perkasa mendapati bukan sahaja Pas cenderung meraih undi Cina, UMNO pun sama. Dalam hal ini, Perkasa mengingatkan semua parti jangan sesekali menggadai maruah dan hak ketuanan Melayu hanya kerana kepentingan parti,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli Perkasa agar sentiasa berani bertindak demi hak pribumi di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: