PAS Kelantan…sepi yang mencengkam


Waktu semakin berlalu sepi sejak Syed Azidi Syed Abdul Aziz@Kickdefella@bekas pegawai Perhubungan Korprat,Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mendakwa Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 17 Nov sudah membuat keputusan memecat menantunya sendiri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO PMBK.

Namun kesepian ini tidak menjamin hu ha ribut antara Syed Azidi dan Abdul Ariffahmi yang membuka pelbagai pekong dalam pentabiran negeri Serambi Mekah itu akan reda begitu saja.

Apa lagi hingga ke saat ini menantu Menteri Besar Kelantan itu terus mendakwa tidak ada arahan dari bapa mertuanya agar beliau melepaskan jawatan yang berpengaruh itu.

Pentabiran PAS yang sebelum ini nampak semacam segalanya ‘ cukup cantik’ berteraskan Islam nyata indah khabar dari rupa jika betul apa yang diceritakan menerusi pendedahan bersiri yang dibuat oleh Syed Azidi.

Walaupun dia cuma seorang pegawai biasa dalam kerajaan negeri PAS itu namun sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa dan ‘ orang dalam’ di PMBK maklumatnya boleh dikira masuk dalam kategori ‘ layak dipercayai’.

Yang menjadi tandatanya sekarang bagaimana kerajaan PAS Kelantan hendak menutup pekong yang tentunya akan merobek imej “Tok Guru” Nik Aziz ?

Juga apa alasan hendak diberi agar ia kelak nampak di kaca mata umum hanya satu masalah kecil.  Kontrovesi pembatalan pemergiannya untuk kerja Haji kerajaan isu tajaan dari ahli perniagaan yang dapat ‘macam-macam’ dari kerajaan negeri sudah cukup berat.

Menantunya dikatakan ada kaitan dengan penajaan itu.

Nik Aziz sudah banyak kali mempertahankan keputusanya melantik Ariffahmi sebagai CEO PMBK sekalipun banyak pihak mempersoalkannya. Sebagai ‘ spiritual leader’ yang diagungkan ramai kalangan ahli PAS dikatakan terpaksa menelan apa saja katanya.

“Pemberontakan” Syed Azidi menerusi laman blognya yang mendakwa wujud tingkah laku penyalahgunaan kuasa Arifffahmi sukar untuk disapu bawah permaidani.  Belum pernah pentabiran Nik Aziz selama hampir 20 tahun di Kelantan tercalar begini rupa walaupun tindak tanduknya ‘ melatah’ dari masa ke semasa membuat pimpinan PAS pening kepala.

Malang bagi Syed Azidi, media rasmi PAS tidak langsung berani mencuit sedikitpun pasal isu anak menantu pimpinan besar mereka seperti ia begitu galak berkokok habis-habisan tentang cerita Pak Lah–Khairy.

Dalam tulisan pada 17 November ,Syed Azidi antara lain kata:

Saya balik ke Kelantan untuk menyepak Pak Lah, Pak Lah dah lama rebah kita sama-sama sepak, jadi kalau kontrak saya tidak ditamatkan pun, tak ada sebab saya nak duduk di Kelantan lagi…”

Memang tiada sebab untuk saya duduk berjuang di Kelantan lagi, kalau Kepimpinan Tuan Guru sendiri kini sudah  lama dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Mengata dulang paku serpih.

Dimana konsistensi saya?

Skala kecil kebobrokan yang dilakukan tidak boleh dijadikan alasan. Kalau dalam negeri yang miskin dengan belanjawan tahunan sekadar RM400 juta pun kita begitu kreatif membina empayar kita, bagaimana satu hari nanti bila kita berdepan dengan sumber kewangan berbillion-billion? Tak gelap matakah kita kalau dalam skala kecil pun sudah rabun.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Kata seorang bekas Naib Canselor Universiti Tempatan, siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi… Menteri….

Ramai yang menasihati saya, Sheih, fikirlah Husam, fikirlah Tok Guru. Saya bertanya semula kenapa tidak Husam dan Tok Guru fikir pasal saya?

Kenapa mesti orang-orang kecil yang sentiasa kena berfikir pasal orang-orang besar? Kenapa bukan orang-orang besar yang berfikir tentang insan kerdil? Bukankah orang-orang besar diangkat dan dijunjung untuk membela insan kerdil? Bukankah orang-orang besar dibayar gaji untuk mengambil berat insan kerdil. Oleh itu orang-orang besar fikirlah sendiri.

Insan-insan kerdil itu yang saya mahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz fikirkan. Bukan insan kerdil ahli PAS dan bukan insan kerdil ahli UMNO. Tetapi insan kerdil rakyat Kelantan!

Kini semua orang sedang menanti siapa pula sebenarnya yang bakal terpelanting selepas ini.  Syed Azizi yang mendakwa mempertahankan ‘ kebenaran’ sudah terpaksa menelan penangan “ keadilan” PAS bila dipecat serta merta dari jawatannya pada 10 Nov lalu oleh Ariffahmi.

Apakah ia akan merjangkit pada Husam pula ?

Beliau sudah membuat dakwaan terbuka wujudnya konspirasi untuk singkirnya dari kerajaan negeri. Seperti biasa Husam tidak berani tuding jari pada orang dalam parti itu sebagai dalangnya.

Sebaliknya beliau mendakwa ada ‘ pihak luar’ cuba meruntuhkan kerajaan negeri Kelantan sekalipun semua orang tahu isu terbaru yang mencengkam kerajaan negeri itu semata-mata berkait tentang anak menantu Nik Aziz.

Hakikat di depan mata bukan rahsia lagi beliau tidak ‘ satu angin’ dengan sebahagian pimpinan PAS Kelantan sendiri dan begitu juga dengan pimpinan PAS pusat.

Kerajaan PAS Kelantan tidak runtuh walaupun beza satu kerusi saja di Dewan Undangan Negeri berbading Barisan Nasional selepas pilihanraya umum 2004 lalu… apa lagi sekarang yang bezanya bagai langit dengan bumi.-21/11/2009


Nik Aziz pecat menantu CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan…?

Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini tegas mempertahankan perlantikan menantunya sendiri, Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dikatakan sudah mengarahkannya melepaskan jawatan itu.

Keputusan itu dikatakan dibuat Menteri Besar Kelantan itu Selasa setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak termasuk Pimpinan PAS Pusat dan negeri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga pegawai-pegawai tinggi agensi-agensi kerajaan.

Bekas Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat dari jawatannya oleh Ariffahmi Selasa minggu lalu dalam tulisan terbaru di laman blognya berkata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Nik Aziz akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat.

Menurutnya Ariffahmi bagaimanapun menolak arahan Nik Aziz itu dan Rabui berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Katanya Ariffahmi telah menghubungi Pengurus di PMBK pada sebelah petang dan minta maklumkan kepada semua kakitangan bahawa dia tidak diminta berundur.

Sumber : Agenda daily

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: