MCA: Ikan busuk bermula daripada kepala


Oleh: Noor Hasilah Ismail

Pepatah Cina ada menyebut, “Ikan busuk bermula daripada kepala”. Adakah tindakan presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kebelakangan ini, temasuk yang terbaru, menggugurkan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda parti itu daripada Majlis Presiden dan menjadikan parti itu diambang kemusnahan?

Tidak cukup dengan itu, jawatankuasa pusat yang diketuainya juga menolak resolusi mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini yang dianjurkan oleh penyokong Naib Presiden, Liow Tiong Lai.

Selain Ketua Pemuda, Wee Ka Siong (gambar) dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, turut dipecat ialah Wong Nai Chee, Wee Jeck Seng. Beliau tidak boleh memecat Liow kerana mengikut perlembaan, presiden hanya boleh memecat orang yang dilantiknya dan bukan dipilih majlis.

Tindakan Ong membuang semua orang yang menentangnya boleh dilihat dalam beberapa perspektif negatif. Ia jelas menunjukkan Ong takut menghadapi kemungkinan pemilihan pucuk pimpinan baru? Atau mungkin juga ia tindakan seorang desperado yang dihantui rasa rendah diri yang ekstrim, ataupun seorang diktator yang gila kuasa?

Adakah presiden yang kalah dalam undi tidak percaya ini tahu erti demokrasi? Adakah ini orang yang sama yang pernah membuat kenyataan beliau akan menerima keputusan EGM dan kemudiannya melakukan sebaliknya? Pemecatan ini bertentangan dengan Pelan Perpaduan Utama (GUP) yang dilaung-laungkannya.

Tidakkah Ong sedar bahawa Wanita MCA mempunyai 400,000 ahli dan Pemuda pula 270,000 dan jika dicampur, jumlah itu adalah dua pertiga daripada keahlian parti itu? Tidakkah beliau memikirkan musibah yang bakal berlaku?

Agendadaily sempat bersembang dengan Wee setelah beliau selesai melayani soalan sekumpulan wartawan di lobi parlimen dan dalam pertemuan dari hati ke hati,itu Wee berkata, apa yang dilakukan oleh Ong adalah lebih dahsyat dibandingkan dengan era kepimpinan Tun Ling Liong Sik.

“Sedahsyat Liong Sik pun, dia dia tidak pernah ubah tradisi. Dia tidak “tetak” Ketua Pemuda yang tidak sependapat dengannya. Walaupun tidak sehaluan, dia masih memilih Ketua Pemuda dalam Majlis Presiden. Apa yang Ong lakukan bukan untuk mengukuhkan parti, tetapi mengukuhkan kedudukannya sendiri. Ong memang pemerintah kuku besi,” kata Wee.

Wee berkata, pemecatan beliau dan Chew bukan pengakhir jalan bagi mereka. “Ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk berikhtiar mencari seramai mungkin orang menghadiri EGM yang tetap akan diadakan pada 28 November.

“Di bawah perlembagaan parti, keputusan mengadakan EGM bukan terletak pada presiden atau jawatankuasa pusat. Kami akan meneruskan EGM pada 28 November dan menyeru semua perwakilan tampil menegakkan kebenaran,” kata Wee.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Air Hitam berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Ong akan menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan supaya dia digantung, dipancung dan dibuang dari kabinet.

“Bayangkan lima Timbalan Menteri digugurkan. Bagaimana Majlis Presiden nak berjalan dengan berkesan? Penyingkiran sesuka hati mengikut selera presiden adalah tauladan yang buruk. Jika kita mahu wujudkan perpaduan, kita tidakpatut melakukan penyingkiran atau penyisihan.

“Apa yang dilakukan Ong adalah di luar jangkaan. Dia menggunakan pengaruh dan asset parti, termasuk taktik kotor untuk mencapai niatnya, termasuk menakutkan perwakilan supaya jangan menghadiri EGM.

“Apa yang dilakukan oleh Ong adalah haram dan saya tak halalkan. Saya dipilih oleh Pemuda. Saya sedih bukan pasal hilang jawatan, tetapi kerana dia tidak menghormati jawatan saya sebagai Ketua Pemuda. Ini adalah satu rekod dalam sejarah MCA di mana Ketua Pemuda disingkirkan daripada badan tertinggi eksekutif,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: