Lagi panas…menantu Nik Aziz didakwa rancang guling Haji Hadi


nik-hadi-calon

Kalau betul bagai dikata… kisah Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) makin mengegarkan.

Cerita tajaan Haji yang Menteri Besar Kelantan itu sudah batalkan pemergiannya dan dipersoalkan oleh ramai pihak satu hal.Namun timbul pendedahan terbaru yang pasti bikin kecoh dalam PAS iaitu rancangan Ariffahmi untuk gulingkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas pilihanraya umum ke 12 yang didakwa ikut kemahuan Nik Aziz.

Pendedahan ini dibuat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz,bekas Pegawai perhubungan korporat PMBK yang dipecat Selasa lalu oleh Ariffahmi dalam posting di laman blognya http://kickdefella.wordpress.com hari Ahad.  Syed Azidi @ Kickdefella sebelum ini telah mengakui secara terbuka sekalipun secara rasmi bertugas di PMBK tetapi bosnya yang sebenar adalah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa dan hanya patuh pada arahannya.

Dia mendakwa menantu Nik Aziz itu ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057.  Bagaimanapun Ariffahmi segera menafikannya.Katanya namanya telah didaftarkan sebagai ahli UMNO lama dulu tanpa pengetahuannya.  Beliau juga menegaskan tidak pernah lihat atau menandatangani sebarang borang ahli UMNO .”Saya adalah ahli seumur hidup PAS,” katanya seperti dipetik oleh laman web Malaysia Insider.Beliau menyertai PAS pada tahun 1997 dan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa PAS Bahagian Machang.

Dalam tulisnya Syed Azidi mendakwa beliau tahu mengenai rancangan Ariffahmi hendak gulingkan Haji Hadi kerana ada dalam pertemuan bersama menantu Nik Aziz itu di Hotel Perdana Kota Bharu tidak lama dulu.

Katanya dia duduk di sebelah Ketua Pemuda PAS yang kini Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub semasa pertemuan itu.

“Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

“Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam.” tulisnya.

Syed Azidi sendiri tidak pasti samaada rancangan hendak gulingkan Haji Hadi itu datang dari Nik Aziz atau usaha Ariffahmi sendiri. Dalam tulisnya dis semacam bertanya “Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi”.

Kata Syed Azizi lagi “setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.”

Bukan saja Syed Azidi – kalau betul apa yang didakwa dalam tulisannya itu – tentu ramai yang turut tertanya apakah rancangan hendak gulingkan Presiden PAS itu usaha peribadi Ariffahmi atau mengikut arahan yang terbit dari bapa mertuanya?  Ini mengenangkan rentetan insiden dimana Nik Aziz sendiri ‘ meletup’ terhadap orang-orang kanan Haji Hadi khususnya Timbalan Presiden PAS ,Nasharudin Mat Isa selepas anak emasnya Husam tewas dalam pemilihan jawatan nombor dua parti itu.

Ia hanya reda seketika setelah pertemuan yang diadakan di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.  Dan lebih mengejutkan ialah yang terbaru bilamana Nik Aziz mencadangkan diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali kerana tidak hayati perjuangan sebenar parti.

Kedua mereka juga diketahui orang kanan Haji Hadi.  EGM itu tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya PAS hanya mengadakan seminar di Markas Tarbiyah di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur.  Tidak ada suara yang menghentam Haji Hadi di seminar itu malah ada yang menilai kedudukannya sebagai Presiden PAS telah diperkukuhkan di majlis berkenaan.  Nik Aziz pula menyuarakan rasa puashati kerana salah satu kertas kerja yang dibentangkan di seminar itu memberitahu kajian menunjukkan sokongan golongan muda terhadap PAS semakin kurang selepas pilihanraya umum ke 12. Kata Menteri Besar Kelantan itu hasratnya untuk menyampaikan mesej pada seminar itu sudah tercapai.

Kenyataan itu sendiri dilihat membawa berbagai makna. Apakah maksud beliau kerana wujudnya ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang menjadi sasaran cadangan EGMnya itu mengakibatkan PAS makin hilang sokongan golongan muda?  Apakah pendedahan Syed Azidi ini cuma ‘tips of the iceberg’ kemelut besar dalaman PAS yang mungkin selama ini terkunci rapat?  Beranikah Ariffahmi membuat satu rancangan besar hendak mengulingkan Presiden PAS secara sendiri-sendiri?  Banyak yang perlu dijawab tentang tajaan untuk ibadah Haji di Mekah oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan dapat ‘ macam-macam’ dari kerajaan negeri.

Namun kalangan ahli PAS pasti tidak senang duduk dan mahukan jawapan sebenar tentang episod rancangan Arriffahmi hendak mengulingkan Haji Hadi.

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH SYED AZIDI:

Bagi yang belum baca apa Rocky Bru tulis pagi ini, sila terlebih dahulu ke sana.

Bagi yang sudah baca apa yang Rocky Bru tulis, apa kata kita naik beca dan perlahan-lahan memahami istilah kronisme bersama Bakaq Haq.

Di dalam dunia junjungan kita Muhammad s.a.w tidak ada balak. Tetapi tidak pula saya dengar orang-orang alim bercerita bahawa junjungan kita menganugerahkan ladang kurma klon atau projek kambing dan unta Kerajaan Islam Madinah yang bernilai berjuta-juta dinar dan dirham kepada saudara maranya. Mungkin sebab tidak wujud projek-projek sedemikian.

Yang ada ialah pembahagian harta rampasan perang, hamba dan tawanan perang dan balu-balu korban perang. Yang ada ialah pembahagian tugas untuk mengetuai bala tentera ke medan perang atau menyebarkan syiar Islam ke ‘hostile territories’. Tugas-tugas yang kalau diserah pada kita hari ini, tak ramai yang bersedia menerimanya. Tiada siapa akan pertikaikan jika Ariffahmi di beri pangkat dan anugerah jika Nik Aziz sudah tiada. Seperti terangkatnya para Khalifah dari kalangan sahabat terdekat yang juga bapa mertua dan menantu Rasullullah s.a.w.

Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri. Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru. Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.

Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu. Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin.

Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.

Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.

Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.

Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.

UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.

Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas. Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini.

Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.

Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.

Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah.

Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael. Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut. Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya.

Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: