PAS : Ada yang belum beres…


pas1x

nikaziztaksihat200Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampak seolah tidak terusik dan menampilkan wajah bersahaja ketika diminta mengulas kajian yang mendapati sokongan golongan muda terhadap PAS makin merosot selepas pilihanraya umum ke 12.

Reaksi seumpama itu ketika wartawan menemui beliau di kediamannya di Kota Bharu Ahad sehari selepas hal itu bergema di Seminar Memperkasakan Parti di Markas PAS Pusat di Taman Melewar pastinya menghairankan banyak pihak.

Apa lagi ramai yang sedang menilai siapa yang menang dan siapa yang kalah dari seminar sehari yang diadakan bagi mengantikan Muktamar Agung Khas (EGM) yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS itu sebelum ini untuk membuat perhitungan keatas ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang dakwanya tidak hayati perjuangan parti.

Sebaliknya isu beberapa pemimpin parti itu seperti Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa,Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali yang dikatakan mengusik perasaan Nik Aziz tidak berbangkit semasa perbahasan di seminar itu.Malah ada yang menegur cara Menteri Besar Kelantan itu mengoncang parti.

Dalam kertas kerja yang disampaikan di seminar PAS itu,Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah memberitahu kajian mendapati 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran PAS sangat baik ketika Pilihan Raya Umum ke-12, kini berubah pantas.

Kajian itu juga menyebut perubahan ketara berlaku di kalangan golongan yang berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan antara 31 dan 40 tahun.  Komen Nik Aziz ringkas sahaja.Beliau tidak berselindung dalam menggangap walaupun EGM yang dicadangkannya diganti dengan seminar itu tetapi yang penting ia berjaya menyampaikan mesej yang diharapkannya yakni sokongan terhadap parti semakin berkurangan.

Katanya cadangan beliau untuk mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) adalah bagi menyampaikan mesej berkenaan. “Itulah sebabnya, saya nak gerakkan supaya diadakan EGM atau seminar kerana kedua-dua itu telah cukup untuk disampaikan kepada anggota. “Bagi saya EGM tak apa, seminar tak apa,…. mesej saya telah sampai, terpulang kepada ahli-ahli untuk menggunakannya atau tidak,” katanya.

Ada pemerhati politik menilai komen itu seperti bermaksud itulah akibatnya kalau tidak dengar cakapnya.  Dalam ertikata lain ia boleh dianggap ditujukan khas pada ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang menjadi sasarannya. Senang cakap Nik Aziz tahu dan mereka yang berkenaan pun tahu…ada perhitungan yang belum beres.-8/11.2009

______________________________________________________________________________________________________________

Nik Aziz dan Aziz Bari dikecam, Hadi kukuh penguasaan PAS

PAS3

OLEH: ROSLAN BIAN

Lupakan cerita tentang kerajaan peraduan atau kerjasama UMNO – PAS kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu mengulangi bahawa parti itu menutup pintu rapat-rapat mengenai kerjasama itu.

Malah dalam Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) di Markas PAS Pusat Taman Melewar Gombak, beliau menegaskan, PAS akan terus bersama-sama dalam pakatan DAP dan PKR dengan matlamat menang besar dalam pilihan raya umum ke 13.

azizbari100Namun apa yang menarik dalam seminar julung kali itu, Prof Dr Abdul Aziz Bari serta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikecam dan dikritik gara-gara isu mahu menyingkirkan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk menggantikan Abdul Hadi. Abdul Aziz, Pensyarah Kanan Undang-Undang UIAM melalui tulisannya di sebuah akhbar harian dan interbiu dengan sebuah portal berita mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Beliau turut mencadangan supaya Naib Presiden, Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohi Ali dikenakan tindakan kerana tindak tanduk yang dilihat tidak membantu mengukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Pandangannya kemudian mengheret Mursyidul Am PAS itu yang menulis perkara sama di blognya yang mahu ‘dua tiga kerat’ pemimpin tersebut dihukum hingga tercetus desakan supaya EGM diadakan.

Sebahagian besar perwakilan di seminar itu mengecam Dr Abdul Aziz yang dianggap orang luar parti tetapi dianggap sengaja mencetuskan polimik dalaman parti itu.

Ada antara mereka menganggap beliau mahu menjatuhkan presiden PAS dengan kritikan, tuduhan dan penghinaan. Ramai juga perwakilan melenting kerana dalam seminar itu Dr Abdul Aziz membuat kenyataan tidak sama seperti dilaporkan akhbar dan portal berita tersebut apatah lagi beliau turut menyalahkan media.

Tersepit dengan asakan perwakilan, beliau cuba menarik simpati dengan menyatakan kini dirinya sudah hilang kawan kerana orang UMNO sudah mula menjauhinya dan sekarang ini, PAS pula menimbang untuk menerimanya ataupun tidak.

Beliau turut menafikan dakwaan kritikannya terhadap Abdul Hadi Awang sebagai satu penghinaan kepada presiden parti itu yang disifatkan bertaraf ulama.

“Saya tidak menghina ulama ataupun presiden parti. Siapalah saya untuk persoalkan perkara ini. Saya hanya sentuh kedudukannya sebagai kapten yang mengemudi parti,” katanya sambil menambah bahawa beliau hanya melontar semula cakap-cakap dalam PAS mengenai Hadi, Nasaruddin dan Dr Hasan.

Kejutan lain apabila perwakilan negeri Johor, Suhaizan Kayat menegur Nik Aziz kerana menunjukkan sikap kurang baik dalam struktur organisasi dengan penulisan di blog peribadinya menghentam ‘dua tiga kerat’ tersebut dengan menyiarkan nama mereka.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu tiada ketika perbahasan dan hanya hadir kira-kira sejam pada perasmian dan ucaptama presiden pada sebelah pagi .Beliau yang dijadualkan menutup seminar yang dijadiri kira-kira 1,000 perwakilan pada sebelah petang tidak hadir kerana uzur dan masih kurang sihat selepas keluar Institut Jantung Negara, semalam. Seminar yang pada awal dijangka memberi tamparan hebat kepada Hadi, Nasaruddin dan Dr Hasan itu juga sebaliknya menjadi gelanggang perwakilan menyatakan rasa tidak puashati dengan parti sejak bersama pakatan pembangkang.

Perwakilan dari Negeri Sembilan, Khairul Anuar Wafa mahu PAS menentukan hala tuju parti itu dalam pakatan rakyat kerana ketika ini PAS tanpa matlamat berbanding parti mempertahankan Islam sebelum ini. Lebih perit katanya, sejak PAS bersama PKR dan DAP, ruang parti itu bercakap hak Melayu Islam juga sudah terhalang.

Kesimpulan seminar ini menjadi senjata yang makan tuan kepada Nik Aziz yang mahu PAS memantapkan kerjasama dalam pakatan pembangkang begitu juga dengan Abdul Aziz yang mahu Hadi dan beberapa pemimpin lain dihukum. Sebaliknya, hasil seminar itu memberi keuntungan kepada Hadi dan barisan kepimpinan beliau yang di pilih pada Muktamar Agung PAS Jun lalu kerana kedudukan mereka semakin mantap jika keputusan seminar tersebut diteliti.

Isu Nasaruddin dan Mustafa langsung tidak berbangkit kecuali Dr Hasan apabila dijadikan rujukan berkaitan hubungan tegang pakatan rakyat di Selangor kerana kenyataan beliau mengenai isu penjualan arak dan Selcat. Keyakinan Hadi dengan barisan pimpinannya jelas diluahkan beliau dalam penggulungan seminar itu apabila menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan walaupun terdapat gesaan beberapa pihak agar berbuat demikian.

Katanya, sebagai pemimpin yang dipilih secara sah, beliau tidak akan sekali-kali meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk memimpin PAS.”Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.”Saya tidak akan membuang baju amanah ini… insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini,” katanya.

Menjawab kritikan terhadap pimnpinannya, Abdul Hadi berkata, “ “Kita ibarat orang-orang yang ada di medan atau padang bola, yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas. “Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.

“Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung,” katanya. Dalam sidang media selepas seminar itu berakhir, Abdul Hadi sekali lagi berkata sokongan yang diberikan oleh para perwakilan yang hadir dari seluruh negara menambahkan lagi keyakinannya untuk berkhidmat kepada parti. “Kita akan terus memikul tanggungjawab yang sepenuhnya, hari ini kita mendapat kepercayaan daripada perwakilan yang datang dari seluruh negara, ini menambahkan lagi keyakinan,” katanya.

Apa yang mahu dilihat selepas ini, apakah kumpulan yang mahu melihat Hadi, Nasaruddin dan beberapa pemimpin lain tersingkir daripada saf kepimpinan parti dapat menerima keputusan seminar tersebut. Jika tidak, PAS pasti bergolak selagi kumpulan Erdogan yang pro Anwar Ibrahim belum dapat menguasai parti itu.-7/11/2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: