Chua Soi Lek kembali Timbalan Presiden…Tiong Lai tak puashati


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari Selasa kembali menjawat Timbalan Presiden MCA setelah mendapat pengiktirafan daripada Pendaftar Petubuhan (ROS) bahawa beliau masih Timbalan Presiden yang sah yang kemudiannya diperakui oleh Jawatankuasa Pusat MCA yang meluluskan usul menerima pengktirafan ROS berkenaan.

Dr Soi Lek mendapat pengesahan mengenai kedudukannya melalui surat yang dihantar oleh ROS kepadanya hari ini. Mengulas mengenai keputusan ROS itu, Dr Soi Lek berkata, sejak dahulu lagi beliau percaya mengikut perlembagaan parti itu beliau masih Timbalan Presiden yang sah dan memaklumkan surat ROS itu diterimnya pagi Selasa.

Susulan kepada surat ROS tersebut, Jawatankuasa Pusat MCA yang bermesyuarat kemudiannya meluluskan usul menerima keputusan ROS tersebut dan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Presiden kembali semula kepada jawatan asalnya sebagai Naib Presiden MCA.

Bagaimanapun Tiong Lai secara terbuka melahirkan rasa tidak puashatinya terhadap keputusan yang dibuat oleh ROS dan Jawatankuasa Pusat MCA itu.  Menurutnya, ROS mahupun mahkamah tidak ada hak campurtangan dalam urusan parti itu.

“Saya cabar MCA untuk melantik saya balik sebagai Timbalan Presiden dan saya akan menggunakan hak saya untuk membawa perkara ini ke mahkamah,” ujarnya yang dilantik Timbalan Presiden melalui keputusan Jawatankuasa Pusat MCA ekoran keputusan EGM MCA yang memutuskan untuk tidak mengembalikan jawatan berkenaan kepaa Dr Soi Lek.

Serentak dengan itu, Tiong Lai tetap berpenderian mendesak agar EGM diadakan kerana menurutnya MCA kini mempunbyai dua orang Timbalan Presiden.

Terdahulu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, cadangan untuk mengadakan EGM yang baru oleh 16 Ahli Jawatankuasa Pusat melanggar perlembagaan parti itu dan ia akan dikaji semula.

Malah Menteri Pengangkutan itu juga menjelaskan, beliau mendapat sokongan bertulis dariapda 27 Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk menerima pelan perpaduan yang dicapai antaranya dengan Dr. Soi Lek untuk memantapkan semula parti kedua terbsar dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Dalam perkembangan berkaitan Tee Kiat telah memecat serta merta empat anggota Jawatankuasa Pusat yang dilantiknya. Mereka ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heng, Yoo Wei Hou, Chai Kim Sen dan Gan Hong Su.

Ekoran pemecatan itu, mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA yang berlangsung selama lima jam itu membuat perlantikan tiga ahli jawatankuasa yang baru iaitu Datuk Donald Lim, Datuk Tan Chin Ming dan anak kepada Dr Soi Lek, Chua Tee Young yang juga merupakan Ahli Parlimen Labis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: