RUMAH TERBUKA AIDILFITRI YB DATO’ JAMIL KHIR


Sempena Hari Raya tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Semarak Syawal Dan Penyampaian Sumbangan AidilFitri 2009 dikediaman beliau di Taman Markisa, Guar Chempedak pada 26/09/09 yang lalu bermula dari pukul 11.00pg sehinggalah pukul 6.00ptg.

Antara yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Zubir Saad, Dato’ Bakri, Haji Ahmad, Dato’ Othman Aziz, Ketua Wanita UMNO Jerai dan ramai lagi kenamaan Negeri Kedah serta orang ramai.

Semasa aku tiba keadaan agak tenang namun kunjungan masih tiba bertali arus. Aku difahamkan kedatangan pada tengahari amatlah menggalakkan dan inilah kali pertama aku dapat hadir pada majlis yang beliau anjurkan di Jerai, tempat aku.

Secara peribadi, setelah berpeluang bercakap secara bersemuka dengan beliau dapatlah aku menilaikan diri beliau. Pada aku beliau ada kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri dan InsyaAllah kejayaan akan mengiringi beliau jika disertakan kesungguhan. Begitu juga dengan tanggungjawab beliau dalam menerajui Biro Penerangan UMNO Negeri dengan sokongan Dato’ Zubir dan pasukannya. Aku difahamkan yang Unit Media Baru telah memberi komitmen untuk membantu beliau dan Biro Penerangan bagi menjayakan matlamat UMNO Negeri Kedah dalam konteks penerangan maya dan juga penerangan konvensional bagi memperbetulkan persepsi serong golongan tertentu rakyat terhadap prinsip sebenar parti UMNO dan pihak Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

Beberapa program susulan oleh beliau akan dilaksanakan secara berkala dan konsisten bagi membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan UMNO sebagai sebuah parti yang dominan dalam iklim politik Malaysia.




Sumber : Pelantaq Hujah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: