Noordin akan dikebumi di M’sia


Indonesia akan menghantar pulang mayat suspek pengganas Noordin Mohammed Top untuk dikebumikan di Malaysia, kata polis republik itu, ketika gerakan diteruskan untuk memburu saki baki anggota rangkaian militannya.

“Kerajaan Malaysia dan keluarga Noordin Mohammed Top meminta agar mayatnya dikebumikan di Malaysia. Kita akan menyerahkannya kepada mereka,” kata jurucakap polis Indonesia, Nanan Soekarna kepada AFP.

“Kita akan menyiapkan ujian DNA ke atasnya hari ini dan menyerahkan mayatnya kepada kementerian luar yang akan menguruskan penghantaran mayatnya ke Malaysia,” tambahnya.

NONENoordin, seorang rakyat Malaysia yang mengetuai kumpulan serpihan rangkaian Jemaah Islamiyah, terbunuh bersama tiga lagi anggota militan itu, selepas polis mengepung mereka selama sembilan jam di sebuah perkampungan di Jawa Tengah semalam.

“Kami memang mahu menangkap Nordin hidup-hidup tetapi berlaku tembak menembak. Kita mengarahkan mereka menyerah diri tetapi mereka enggan. Malah, mereka yang memulakan tembakan,” kata Soekarna.

Katanya, bahagian belakang kepala Noordin hancur akibat letupan ketika polis memecahkan dinding sebuah rumah sewa tempat mereka bersembunyi.

Noordin juga terkena tembakan di bahagian tepi badannya dan kaki, kata Soekarna.

Ekoran kematian Noordin itu, Soekarna berkata, polis kini memburu saki baki pengikutnya termasuk Syaifudin Jaelani dan Mohamed Syahrir, bekas juruteknik syarikat penerbangan Indonesia Garuda.

“Polis masih meneruskan gerakan memburu anggotanya yang lain. Masih ramai dalam senarai kami, seperti Mohamad Syahrir dan Syaifudin. Kita akan terus memburu mereka,” katanya.

Seorang lagi jurucakap polis, Ketut Untung Yoga Ana, berkata pegawai perisikan bersiap menghadapi sebarang tindak balas ketika republik itu akan menyambut hari raya Aidilfitri pada hujung bulan Ramadhan ini.

“Kita tidak dapat membaca fikiran mereka… mungkin ada tindak balas. Kita bersiap sedia walaupun ia mungkin tidak berlaku,” kata Ana.

Sementara itu, keluarga Noordin di Johor – di mana beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang berusia lapan, sembilan dan 10 tahun – berkata mereka sudah lama menjangka dia akan mati terbunuh.

“Kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya, terutama selepas kejadian sebelum ini di mana dia disyaki terbunuh,” kata bapa mertuanya, Rudi Hamid, 67 kepada akhbar the Star.

“Walaupun selepas lapan tahun, anak perempuan saya masih inginkan dia dikebumikan di sini, selepas dia disahkan terbunuh,” tambahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: