Najib hulur lagi salam pada PAS…tapi jangan hina UMNO


najib-nikSewaktu ditanya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak andaian bahawa UMNO desperate hendak berbaik-baik dengan PAS.Katanya tujuannya semata-mata demi kepentingan agama.

Hal ini berbangkit kerana UMNO berulangkali menghulurkan salam kepada PAS tetapi parti itu bukan sahaja semacam memperlekehkannya malah Tok Guru Nik Aziz terus mempersoalkan akidah orang-orang UMNO.

Malah Najib sendiri telah menegur Menteri Besar Kelantan itu secara berdepan agar tidak melukakan hati orang UMNO dengan kenyataan seumpama itu semasa beliau menyambut ketibaannya di lapangan terbang Kota Bharu baru-baru ini.

Petang Isnin Perdana Menteri mengulangi kenyataannya UMNO bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan dan membangunkan umat Islam di negara ini.

Beliau menyatakan demikian depan kira-kira 4,000 orang Kuala Krai dan Manek Urai semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai,Kelantan.

Juga sekali lagi Najib menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang menghina orang UMNO. “Nak buat baik, saya sanggup runding dengan PAS untuk kepentingan Islam. Tapi saya tidak rela kalau UMNO dihina oleh sesiapapun,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga . Beliau tetap mempertahankan kenyataanya sekalipun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan isu masuk syurga itu adalah hak mutlak Allah.

Tindak tanduk Nik Aziz menghina UMNO bukan merupakan kali pertama malah sebelum ini beliau pernah menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis. Najib berkata perbincangan antara PAS itu haruslah mementingkan pembangunan umat Islam di negara ini. Katanya jika mahu perbincangan itu berjaya PAS tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoal akidah orang UMNO kerana mereka juga adalah orang Islam.

Najib berkata perkara seumpama itu tidak perlu disebut-sebutkan kerana ia bukan membentuk perpaduan di kalangan umat Islam sebaliknya memecahkan perpaduan di kalangan mereka.”Jangan persoalkan akidah kita… Sebab ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sepatutnya berlagak warak dan menilai akidah orang Islam yang lain kerana mereka daripada parti berlainan.

Katanya tindakan mempersoal keIslaman seseorang umat Islam bukanlah kerja manusia tetapi hak mutlak Tuhan untuk menentukannya.”Dan (tindakan) persoalkan keIslaman kita ini bukan kerja manusia, ini kerja Allah. Ia jelas dalam Quran dan hadis,” katanya.

Sumber: Agendadaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: