Umno: Kuota pencalonan dimansuh


MTSistem kuota dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno akan dimansuhkan bagi memudahkan anggota untuk bertanding. Bagaimanapun, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata syarat tertentu akan ditetapkan kepada mereka yang bertanding.
Hishammuddin adalah pengerusi jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung parti itu pada 13 hingga 16 Oktober depan.
Menurutnya, perkara itu dan kesemua maklum balas daripada akar umbi itu akan dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno minggu depan sebelum dibentangkan kepada Majlis Tertinggi 11 September ini.

Pada masa ini, calon-calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).

Syarat supaya calon-calon yang ingin bertanding jawatan-jawatan berkenaan mendapatkan peratusan pencalonan tersebut, ditetapkan dalam fasal 9.5 perlembagaan Umno.

Pada 24 April lalu, Majlis Tertinggi Umno bersetuju perlembagaan parti itu dipinda yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan supaya ia lebih telus, terbuka dan demokratik.

Bercakap selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno di ibunegara semalam, beliau berkata, pindaan perlembagaan parti mungkin menyaksikan bilangan perwakilan ke mesyuarat agung parti itu ditambah sehingga 650,000 orang.

Katanya, ia juga merupakan antara maklum balas yang diterima jawatankuasa tersebut bagi mengupayakan akar umbi memilih kepimpinan parti yang ketika ini digalas 2,600 perwakilan.

“Jumlah perwakilan yang dipertimbangkan ada empat pilihan (iaitu) daripada 60,000 sehingga 650,000 perwakilan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebarang pindaan kepada perlembagaan parti perlu berasaskan kepada lima rasional iaitu mengupayakan akar umbi, memudahkan anggota bertanding, menjadikan Umno lebih inklusif kepada semua golongan, mengurangkan tempoh berkempen dan memudahkan proses keanggotaan Umno.

Sumber: Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: