Pembangkang anjur sidang haram…Zambry buat keputusan


Mesyuarat Mingguan EXCO

Mesyuarat Mingguan EXCO

Ketika pembangkang mengadakan sidang DUN haram, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan mesyuarat mingguan Exco seperti biasa. Mengumumkan keputusan mesyuarat Exco tengahari Rabu, beliau memaklumkan, kerajaan negeri itu memutuskan untuk menaikkan taraf Kolej Islam Darul Ridzuan.

Selain itu menurut beliau, mesyuarat Exco berkenaan juga meluluskan perkhidmatan taska dan tadika percuma kepada anak-anak kakitangan kerajaan seluruh negeri itu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu Dr Zambry berkata tindakan 27 ahli DUN pembangkang mengadakan “Sidang DUN” Rabu hanyalah bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.

“Mereka membuat undang-undang sendiri dan menjalankannya sendiri…mereka ini sebenarnya syok sendiri, langsung tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.

“Apa yang mereka buat adalah memprovokasi pihak polis…mereka minta ditahan dan kalau boleh digari supaya boleh ditunjukkan di dalam akhbar. Masa itu mereka akan mengatakan telah dizalimi,” katanya.

Zambry berkata tindakan mereka sekadar menimbulkan kekeliruan kerana walaupun mendakwa persidangan yang dijalankan oleh kerajaan negeri sebelum ini tidak sah tetapi mereka tetap menghadirinya.

“Semua tindakan yang dilakukan ADUN Pakatan Rakyat itu hanyalah bertujuan mewujudkan perasaan tegang di kalangan rakyat.

“Jika kerajaan yang ada ini haram, mereka tidak perlu menghadiri sidang yang diadakan…mereka ini sebenarnya hipokrit dan merupakan talam dua muka,” katanya.

Menteri Besar menjelaskan bahawa sidang DUN tidak perlu diadakan tergesa-gesa kerana masih mempunyai masa selama enam bulan berbanding sidang terakhir yang diadakan pada 3 Mei lalu.

Sivakumar yang juga ADUN Tronoh daripada DAP minggu lepas mengeluarkan notis mengenai persidangan yang akan diadakan hari ini.

Speaker Datuk R. Ganesan kemudian membuat kenyataan bahawa persidangan yang dipanggil itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi Speaker.

Sumber: Agendadaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: