Kedah umum rombakan kecil Exco


Rombakan Kecil Portfolio

Rombakan Kecil Portfolio

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan rombakan kecil portfolio membabitkan tiga anggota Exco kerajaan negeri berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee sebagai Exco.

Beliau berkata, pelantikan Lim itu menggantikan Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang digugurkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Khamis lalu.

Azizan berkata, majlis angkat sumpah pelantikan Lim itu akan dibuat dalam tempoh terdekat mengikut kesesuaian masa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Katanya, rombakan kecil itu akan menyaksikan portfolio Mohd Radzhi akan diambil alih oleh S Manikumar yang ketika ini memegang jawatan Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Masyarakat India.

“Portfolio Manikumar pula akan diambil alih Lim. Bagaimanapun, Lim akan menjaga hal ehwal masyarakat Siam dan Manikumar mengekalkan portfolio menjaga hal ehwal masyarakat India.

“Datuk Amiruddin Hamzah yang memegang portfolio Industri, Pelaburan, Pertanian, Bioteknologi dan Industri Asas akan menggugurkan portfolio penerangan yang disandangnya.

“Portfolio penerangan itu akan diambil alih oleh Exco Belia, Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan, Dr Hamdan Mohamed Khalib,” katanya selepas mesyuarat exco di sini, semalam.

Azizan berkata, rombakan kecil portfolio Exco itu berkuat kuasa semalam, melainkan Lim yang akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.

“Perubahan ini dibuat berdasarkan kesesuaian bidang tugas dan bebanan yang dipikul Exco berkenaan,” katanya.

Rabu lalu, Sultan Abdul Halim berkenan menggugurkan Mohd Radzhi daripada jawatan Exco kerajaan negeri dan pada masa sama baginda juga perkenan tempat Mohd Radzhi digantikan oleh Lim.

Mohd Radzhi digantikan kerana beliau mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas.

Sumber: Berita Harian

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: