Siri Debat Agendadaily kembali…Nizar vs Zambry


 DUN-PERAK-zambry-nizar

Proses perundangan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak, semakin hampir kepada kemuncaknya. Ini kerana proses mahkamah untuk menentukan tuntutan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah hanya tinggal di peringkat Mahkamah Persekutuan jika beliau ingin terus merayu.Agendadaily menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Sehubungan itu, pihak kami telah menghubungi Dr Zambry mengajukan soalan sama ada beliau sedia atau tidak untuk berdebat dengan Nizar berhubung dengan kemelut politik negeri Perak itu.Menurut Dr Zambry, beliau pada prinsipnya tidak ada halangan dan sedia untuk berhujah mengenai isu kemelut politik Perak melalui program debat yang hendak dianjurkan.“Saya tiada ada halangan. Pada prinsipnya saya setuju,” kata beliau.Hari Sabtu semasa dalam perjalanan ke Penanti bagi membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti, Agendadaily kebetulan bertemu dengan Nizar di kawasan rehat Bukit Merah, Lebuhraya Utara Selatan.Kesempatan bertemu itu tidak dilepaskan dengan terus memberitahunya bahawa Agendadaily bercadang untuk mengajurkan debat berhubung dengan isu politik negeri Perak dan Dr Zambry pada prinsipnya telah menyatakan persetujuan beliau.“Baguslah macam tu. Kalau beliau setuju saya pun tidak ada halangan, baik sangat cadangan itu,” katanya sambil meminta agar debat itu diadakan selepas Muktamar PAS awal Jun ini kerana beliau sibuk dengan persiapan untuk muktamar parti berkenaan.Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang.Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: