Aminah dedahkan penipuan Tian Chua Dan Anwar Ibrahim


Semalam  Tian Chua menafikan bahawa PKR ada menyogok Aminah agar jangan bertanding , hari ini Aminah mengemukakan bukti yang dirakamkan dan  diedarkan kepada sidang media . Rakaman selama tiga jam itu telah di salin oleh pihak media, apakah lagi penipuan yang mahu dilakukan oleh  Tian Chua dan Anwar Ibrahim.Apakah beliau akan berkata bahawa itu hanya  lakonan. Tidak semua rakyat bodoh untuk mempercayai apa yang  diputarbelitkan oleh  Tian Chua dan Anwar , Hanya yang jumud dan yang bingai saja yang masih percayakan penipuan Anwar dan Tian Chua
Petikan kata Tian Chua semalam .

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.
Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR,” katanya, lapor
Petikan sidang akhbar Aminah,

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya – dalam bentuk rakaman audio – kepada wartawan dalam sidang media di Penanti. Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.~ kpmu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: