Dag dig dug’… menjelang 7 Mei


dun-perak-zambry-nizar

7 Mei menjadi tarikh yang semakin dinanti-nantikan bila bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan semua wakil rakyat pembangkang termasuk dirinya akan hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Apa sebenarnya yang bakal terjadi pada sidang DUN yang pertama sejak kerajaan pembangkang jatuh bila tiga wakil rakyatnya melompat jadi bebas masih menjadi teka teki sekalipun ada yang menjangka ia pasti ribut.

Yang pasti sidang DUN itu bukan sidang macam biasa kerana tidak ada soal jawab semasa prosiding.  Nizar yang mengesahkan mereka semua akan hadir semasa bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh Khamis terus menunjukkan sikapnya bila memberitahu mereka setuju hadir hanya kerana menghormati Speaker V Sivakumar.

Menurutnya keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan mereka akan memboikot sidang DUN tersebut. “Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.

“Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker,” katanya.  Katanya mereka tidak akan mengemukakan sebarang soalan kerana tidak mengitiraf kerajaan BN sebagai kerajaan yang sah.

Highlight sidang DUN ini tentunya berkisar pada notis Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir untuk melucutkan jawatan Sivakumer sebagai Speaker dan gantikan beliau dengan orang lain.  Nizar kata mereka tidak akan pedulikan notis itu.

Dr Zambry memberitahu para wartawan Khamis notis berkenaan adalah sah kerana ia dibuat mengikut perundangan.  ‘‘Mereka dakwa (notis) tidak sah. Hakikatnya kita buat mengikut prosedur dan perundangan dibenarkan,” katanya.

Dalam hal ini Sivakumar pula sudah membayangkan kemungkinan yang akan timbul.  Beliau telah memberi contoh tentang beratus-ratus usul yang ditolak di Dewan Rakyat. ‘‘Sebagaimana yang kita tahu, Speaker ada kuasa untuk terima atau tolak mana-mana usul tanpa perlu dibahaskan,”katanya.

Sementara itu difahamkan kawalan keselamatan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Perak akan diperketatkan semasa hari sidang.  Selain orangramai dilarang masuk,jumlah kehadiran para wartawan juga akan dihadkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: