Melayu sudah mula sedar mereka tertipu


Bagai sirih pulang ke ganggang , Orang -orang Melayu sudah mula sedar bahawa mereka tertipu oleh PAS dan PKR dan jika UMNO terus  menjalankan usaha menerangkan keadaan sebenar kepada orang-orang Melayu kita pasti sokongan  orang Melayu akan berubah kepada BN. Komponen lain dalam BN perlu memainkan  peranan dan berusaha lebih kuat sedikit , insya alah kita akan menawan kembali semua  negeri yang terlepas pada  PR pada PRU12 yang lalu. PAS dan PKR hanya aka mendapat undi dan sokongan dari  bangsa asing dan boleh lah selepas ini mereka  mengadakan ceramah di kuil kuil , gereja dan Tok Kong China.

Di Bukit Gantang baru baru ini hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak. Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

Orang Melayu  kian sedar bahawa kepimpinan  PKR dan PAS hanya  mahukan kuasa untuk menjadi pemerentah dan tidak peduli walaupun MB yang  milik mereka menjadi boneka  kepada parti Cina. Perak adalah contoh yang paling baik di mana  Bekas MB adalah boneka kepada  DAP dan di Selangor , Khaled  adalah boneka kepada DAP. Jika  ada lagi orang Melayu yang masih rabun jauh atau dekat yang masih tidak nampak akan perkara ini, eloklah berhenti dari jadi Melayu. Jangan jadi penggadai bangsa  di bumi sendiri. Kita tunggu apa komen Melayu yang bukan melayu lagi dalam laman ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: