Masa KJ terhad jika anggotai kabinet…


Seorang orang kuat Khairy Jamaluddin menyifatkan tugas memperkasakan pergerakan Pemuda Umno adalah lebih penting kepada ahli parlimen Rembau itu, daripada memegang jawatan kabinet.

abdul rahman dahlanPenolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, harapan ahli Umno lebih besar kepada Pemuda berbanding Wanita dan Puteri.

Oleh itu, katanya, Khairy memerlukan tumpuan sepenuh masa untuk memperkasakan Pemuda Umno.

“Jika Khairy menjadi menteri atau timbalan menteri, masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut terhad.

“Ini kerana seseorang menteri dan timbalan menteri mempunyai tugas harian yang sibuk,” katanya.

Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan ketua Pemuda Umno dalam senarai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairy dalam merebut jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Manakala, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan menteri kemajuan luar bandar.

Elak tanggapan negatif

Abdul Rahman berkata, pelantikan Mukhriz dan Razali menunjukkan khairy jamaluddinPemuda tidak hilang semua dalam kabinet Najib.

“Tetapi saya berharap semua pihak kena duduk bersama secara serius untuk membantu memulihkan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kuasa melantik menteri adalah hak mutlak perdana menteri.

Katanya, bukan perkara baru jika ketua Pemuda tidak dilantik dalam kabinet.

Menurutnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah tidak dilantik dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata beliau, naib ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai timbalan menteri.

“Saya berharap Pemuda bersikap rasional dan jangan ada anggapan negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan pergerakan itu.

“Barangkali ada suara-suara sumbang apabila Khairy tidak ada dalam kabinet tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: