Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

khairy jamaluddin interview 230209 13Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Ini merupakan satu sejarah pergerakan tersebut kerana selama ini ketuanya sentiasa dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.

Mukhriz, Rosnah dan Razali merupakan antara muka baru yang dilantik menganggotai kabinet kal ini. Yang lainnya ialah ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran); ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan (timbalan menteri di JPM), pengarah KAGAT, Mej-Jen (B), Datuk Jamil Khir Baharom(menteri di JPM) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (menteri wilayah persekutuan).

Mukhriz di MITI

Seperti yang diramalkan, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

najib announce new cabinet lineup 090409 05Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin Mohamed, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali dan Datuk Awang Adek Hussin.

TUjuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing,iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong
Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk DrMaximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas(Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kementerian Kesihatan) danDatuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia). 

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Najib hari ini juga menyaksikan jumlah kementerian berkurangan daripada 27 kepada 25 – ekoran penggabungan dua kementerian sebelum ini.

Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan dan kementerian tenaga, air dan komunikasi telah digabung dengan kementerian lain – kini dikenali sebagai kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan dan kementerian tenaga, teknologi hijau dan air.

Manakala jumlah menteri turut berkurangan daripada 32 kepada 28 orang. Bagaimanapun jumlah timbalan menteri bertambah daripada  38 kepada 40 orang.

Muka baru

Barisan baru kabinet hari ini hanya membariskan enam menteri baru, termasuk dua timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. 

najib announce new cabinet lineup 090409 02Jumlah itu merupakan kira-kira 20 peratus daripada anggota kabinet baru.

 

Sabah mendapat tambahan satu kerusi menteri – dari tiga kepada empat kerusi kali ini.

Manakala Gerakan dan MCA juga masing-masing mendapat tambahan wakil dalam barisan kabinet.

MCA kini mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan mengeri (bertambah satu lagi), manakala Gerakan mempunyai seorang menteri dan dua timbalan menteri (parti itu kehilangan jawatan menteri selepas kalah dalam pilihanraya umum 2008).

Najib membuat pengumuman tersebut pada jam 3 petang dengan diapit oleh Timbalan Perdana Menteri yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut dilantik sebagai menteri pendidikan.

Menurutnya, selain menggabung dua kementerian, satu portfolio baru diwujudkan bagi memantau perpaduan nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Najib juga berkata beliau sendiri akan menilai prestasi para menteri setiap enam bulan sekali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: