Khairy: Saya tidak kecewa


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

khairy jamaluddinKetika dihubungi malaysiakini, ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

“Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

“Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri ada campurtangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: