Polis kesan 8 lokasi panas di Bukit Selambau


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata terdapat lapan “lokasi panas” dalam DUN Bukit Selambau yang berpotensi digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak di luar batasan undang-undang.

“Terdapat lapan lokasi tumpuan yang dikesan (panas). Dan saya mengarahkan pegawai-pegawai saya ke lokasi berkenaan,” katanya.

“Iyalah, ia lokasi (tersebut) boleh menimbulkan masalah oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka perlu ada di sana untuk menentukan kemenangan mereka.

musa hassan bukit selambau 040409“Mereka (akan) bertindak di luar batasan undang-undang,” katanya menjawab soalan pemberita di Bukit Selambau hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelapan-lapan lokasi tersebut.

Katanya, ia berdasarkan kepada maklum balas dalam maklumat yang diterima oleh polis.

Dalam sidang media yang sama juga, Musa berkata, pihaknya juga menerima 14 laporan polis yang melibatkan kes-kes yang tidak serius seperti pergaduhan kecil dan pelanggaran syarat permit ceramah.

Bagaimanapun tiada tangkapan yang dibuat setakat ini, tambahnya.

“Sepanjang hari penamaan calon (hingga sekarang), tidak ada kes-kes serius yang berlaku dan diharap ia dapat dikekalkan kerana saya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh merosakkan proses demokrasi,” katanya.

Menurut Musa, pihaknya turut menerima maklumat terdapat pihak tertentu cuba mendatangkan masalah semasa pilihanraya berlangsung, antaranya menghalang pengundi keluar mengundi pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran agar tindakan tersebut tidak diteruskan dan tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Seramai 3,000 anggota polis ditugaskan bertugas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang melibatkan 22 pusat mengundi dan 64 saluran,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: