Kempen di Bkt Selambau semakin panas…


Kempen pilihanraya kecil di Bukit Selambau semakin hari semakin panas apabila malam tadi, Umno dan Pakatan Rakyat masing-masing mengadakan sesi ceramah serentak di sebuah taman yang sama.

Hal demikian berlaku di Taman Peruda apabila kedua-dua parti menjemput penceramah mereka, dan masing-masing memasang pembesar suara dengan bunyi yang kuat.

Umno Cawangan Taman Peruda mengadakan ceramah dan penjelasan isu-isu semasa di Dewan Umno, manakala Pakatan Rakyat mengadakan ceramah di sebuah dewan serbaguna – kedua-duanya dipisahkan pada jarak 35 meter.

Ahmad Shabery Cheek di bukit selambauUmno menjemput Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menyampaikan ceramah manakala Pakatan menjemput beberapa pemimpin kanan PAS dan PKR antaranya,

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub dan anggota Majlis Pimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, kedua-dua parti berjaya menarik penyokong masing-masing. Umno berjaya menarik 100 hadirin manakala Pakatan pula menarik kira-kira 150 hadirin.

Malaysiakini difahamkan, taman tersebut, mempunyai kira-kira 1,900 pengundi dan rata-ratanya adalah pegawai kerajaan.

Taman tersebut dianggap kubu kuat PKR dan dalam pilihanraya umum tahun lalu, parti menang di peti undi di situ dengan majoriti 65 undi.

Angkat sumpah

Dalam ceramahnya, Ahmad Shabery mengajak pengundi agar tidak tertipu dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Kemaman itu mendakwa, sewaktu berceramah di Bukit Gantang, beliau menerima banyak SMS dan pertanyaan berhubung pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai

perdana menteri yang didakwa tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan ia perlu ditangguhkan.

Ahmad Shabery Cheek bukit selambau03Ekoran itu, katanya, tersebarnya dakwaan RTM terpaksa menangguhkan siaran langsung upacara mengangkat sumpah pelantikan Najib sebagai perdana menteri.

Beliau berkata, ia tidak benar dania disiarkan secara langsung oleh kementeriannya.

Ahmad Shabery mendakwa SMS tersebut telah disebarkan oleh pembangkang yang tidak dapat menerima Najib menjadi perdana menteri.

Beliau juga mengesa pengundi di kawasan tersebut agar menolak pemimpin Pakatan yang menurutnya berbohong berhubung isu 16 September apabila mendakwa 40 ahli Parlimen BN akan melompat menyertai Pakatan.

‘Angan-angan mat jenin’

Pemimpin Pakatan tersebut, kata Ahmad Shabery, mendakwa dirinya akan menjadi perdana menteri sekiranya ianya menjadi kenyataan.

“Sampai sekarang tidak berlaku. Sudah cukup, kita tak boleh sokong orang yang berbohong. Siang berbohong, malam berbohong.

“Kita tolak pemimpin berbohong dan tolak calon daripada parti yang berbohong,” kata Ahmad Shabery.

Beliau juga turut menyatakan kekesalannya, kerana terdapat ulama yang percaya dengan projek 16 September tersebut.

“Biar mereka seperti angan-angan mat jenin. Biar si luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya.

badrul hisham shahrin di bukit selambauSementara itu, Badrul Hisham Shaharin pula dalam ucapannya menyentuh tentang kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Najib.

Dikawal FRU

Kelihatan kira-kira 10 anggota polis termasuk enam anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawasi kawasan tersebut.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kedua-dua ceramah itu berlangsung.

Sementara itu, mengulas berhubung pembebasan 13 tahanan ISA, Ahmad Shabery berkata, ia adalah “satu tindakan awal” Najib yang baik sebaik sahaja dilantik menjadi perdana menteri.

“Saya memandang baik langkah awal perdana menteri,” katanya

Menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan Mahfuz bahawa akan ada tangkapan lagi selepas pembebasan tahanan tersebut, Ahmad Shabery, berkata tindakan tersebut harus dipandang dari sudut positif.

“Kalau dipandang negatif, selama-lamanya ia akan dipandang negatif,” jelasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: