Zambry, 6 Exco Perak fail saman Speaker



ZAMBRY bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional pada sidang media mengenai tindakan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Ipoh, semalam.

Tindakan gantung, halang Adun BN hadir dipertikai

IPOH: Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya semalam memfailkan saman pemula meminta deklarasi Mahkamah Tinggi di sini, bahawa tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung dan menghalang mereka menghadiri sidang DUN terbatal dan tidak sah.

Saman difailkan oleh Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun, dibantu peguam, Badrul Hisham Abdul Wahab dan Penasihat Undang-Undang Gerakan Perak, Ong Teng Boon.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN menggantung Zambry dan enam Exco Barisan Nasional (BN) masing-masing selama 18 dan 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN.

Penggantungan itu dibuat berikutan tindakan Zambry dan Exconya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan Exco yang didakwa bertentangan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN.

Sementara itu, Zambry pada sidang medianya petang semalam, berkata saman itu bagi mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang beliau dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN terbabit menyalahi Undang-undang Tubuh Perak, tidak berperlembagaan, ultra vires, terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon suatu perisytiharan bahawa beliau dan enam Exco (plaintif) berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan fungsi serta kewajipan mereka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: