Drama politik Perak:Apabila pintu ke Dewan Undangan Negeri ditutup…


<!—

Features

—>

Drama politik Perak:Apabila pintu ke Dewan Undangan Negeri ditutup…

TERBARU ” SIDANG TERGEMPAR ” Dewan Undangan Negeri Perak yang dikendalikan oleh Speaker, S Sivakumar selama kira-kira 15 minit di bawah pokok kira-kira 150 miter dari pagar utama bangunan Perak Darul Ridzuan,Ipoh pada jam 10.20 pagi lulus tiga usul termasuk sokong Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan usul bubar Dewan Undangan Negeri.Sidang tergempar DUN di bawah pokok itu diadakan selepas para wakil rakyat pembangkang tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan bangunan berkenaan.Ada kalangan pemerhati di situ geleng kepala lihat aksi mereka itu.Mereka berpendapat ia tidak lebih dari usaha terdesak pembangkang nak kelirukan orangramai pada isu sebenar.Sivakumar,Nizar serta para ADUN pembangkang tiba depan pintu agar utama sekitar jam 9.30 pagi.Lebih 200 orang termasuk penyokong pembangkang dan Barisan Nasional berkumpul di kawasan itu melihat perkembangan.Polis adakan kawalan di situ.NIzar kemudiannya beritahu para wartawan beliau nak mengadap Sultan Perak bawa tiga usul yang diluluskan oleh sidang DUN tergempar bawah pokok itu. SEMENTARA ITU …di Mahkamah Tinggi Ipoh pula Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim memutuskan peguam yang mewakili Sivakumar tidak mempunyai locus standi untuk mewakili beliau dalam permohonan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan enam exco kerajaan negeri supaya mahkamah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah. 3/3/2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: