Antara Permainan Politik dan yang layak


Bagi Khairy Jamaluddin beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan sesiapa sahaja , Presiden UMNO mahu pun Timbalan Presiden UMNO kerana beliau tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pemimpin tertinggi UMNO pada masa yang lalu , hubungan beliau dengan pemimpin UMNO atasan adalah baik.Bagi beliau apa yang beliau lakukan hanyalah untuk UMNO. Khairy telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan yang beliau miliki bukan lah datangnya dari Pak Lah. Khairy seolah-olah telah bersedia dengan pengumuman peralihan yang diumumkan oleh Pak Lah dan beliau sudah bersedia untuk membuktikan kepada semua bahawa beliau mempunyai pengaruh sendiri walaupun Pak lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Segala kata-kata yang mengatakan bahawa Khairy tidak akan berjaya melepasi pencalonan setelah Pak Lah mengumumkan peralihan kuasa semuanya meleset belaka kerana apa yang di terjemah kan oleh bahagian-bahagian telah menafikan segala kata-kata yang menganggap kerjaya Khairy Jamaluddin berakhir sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan peralihan tersebut.

Dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO sekarang , tidak mustahil jawatan Ketua Pemuda adalah milik Khairy kerana buat masa ini ketrampilan dan gerak kerja Khairy telah teruji dan beliau berjaya membuktikan bahawa beliau adalah yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang akan di kosong kan oleh Datuk Seri Hishamuddin . Seperti juga Datuk Seri Sharizat yang tidak mempercayai mainan politik yang sengaja diadakan oleh pihak tertentu sebagai perang saraf untuk melemahkan calon-calon yang bertanding , Khairy juga tidak mempedulikan kata-kata yang disebar meluas yang kononnya beliau tidak ngam dengan pegawai Datuk Seri Najib dan pegawai datuk Seri Najib tidak akan melupakan akan perbuatan Khairy hanyalah sebagai satu mainan politik yang mahu memburukkan nama baik dan hubungan baik Khairy dengan pegawai Datuk Seri Najib.

Dalam politik , segalanya berkemungkinan , hari ini kawan esok lawan , hari ini lawan dan esok kawan, ini berlaku kerana Khairy juga adalah merupakan cabaran yang agak hebat bagi mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Inilah juga antara Strategi dan senjata atau lebih tepat kita katakan adalah perang saraf untuk melemahkan Khairy. Keyakinan dan tumpuan Khairy serta komitmen beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO tidak melunturkan sokongan yang bertambah padu diterima oleh beliau kebelakangan ini . Keyakinan beliau memastikan segalanya akan berjalan lancar dan pastinya keputusan pemilihan adalah terjemahan sebenar perwakilan untuk memilih ketua mereka.

Perwakilan perlu banyak berfikir dan perlu banyak melihat dari segala sudut untuk memilih Ketua pemuda yang bakal memimpin sayap muda uMNO yang gah ini agar mereka benar-benar mendapat pemimpin yang benar-benar menepati ciri -ciri sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO. Pemuda UMNO yang bijak , berani dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi segala cabaran yang akan dihadapi sebagai Ketua Pemuda UMNO. Pastinya perwakilan pemuda tidak akan membuat kesilapan dengan memilih kepimpinan yang lemah yang pasti akan mengadai maruah Pemuda itu sendiri.

Sebabgai Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah memimpin Pemuda UMNO selama beberapa tahun dan telah mengenali segala intipati dalam pergerakan tersebut , tidak ada sebab mengapa Khairy tidak boleh mengisi kekosongan yang akan dikosongkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan jika mengikut haraki , Khairy lah yang sepatutnya mengisi kekosongan itu, Selamat mengundi . KPMU mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan ke Persidangan Agung UMNO .Oleh Ikmal Hisham KPMU

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: