Tindakan Speaker DUN Perak ‘kelakar’:Nazri


KUALA LUMPUR: Sambil menyifatkan tindakan speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Perak V. Sivakumar semalam sebagai kelakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkata speaker itu berkelakuan mempersenda dewan berkenaan.

Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu ‘komedi’ kerana keputusan oleh Sivakumar itu ‘amat tidak masuk akal’.

Dalam tindakan di luar jangkaan sama sekali itu, Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya dari menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan berkuatkuasa serta merta.

Pergolakan terbaru dalam kemelut politik Perak ini tercetus selepas speaker memutuskan bahawa Zambry dan enam exconya telah menghina DUN.

“Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu.

“Ini benarbenar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod,” kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam.

“Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi,” kata Nazri. BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: