Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth?… if you ask me again, I smash your head


Isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong makin hangat apabila beberapa blog mula menyiarkan pelbagai berita mengenai kehidupan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu. Ini termasuklah dakwaan yang menyebut Elizabeth memang suka bertukar-tukar teman lelaki. Tidak terlepas, ada blog mendakwa Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah bekas teman lelaki Elizabeth. Bagi mendapatkan penjelasan beliau, Agendadaily telah menemui Tian Chua di lobi Parlimen hari Khamis. Apa yang mengejutkan apabila soalan tersebut diajukan kepadanya, Tian Chua yang biasanya ‘mesra media’ terus mengancam “If you ask me again, I smash your head”. Lebih lanjut lagi, beliau turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut beliau bekas teman lelaki Elizabeth. Serentak dengan itu beliau meminta wartawan Agendadaily beredar daripada sisinya. Sementara itu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ketika mengulas mengenai laporan blog-blog berkenaan, berkata, jika benar Elizabeth mempunyai kehidupan sosial yang begitu, beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkenaan. Dalam perkembangan berkaitan, Eleizabeth hari Khamis berlepas ke luar negara bagi mencari ketenangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: