Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

nizar jamaluddin perak mb court trial perak bn takeover zambry 180209 03Nizar tiba kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.

Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.

Nizar memfail saman tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak, selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti, termasuk seorang daripadanya, Datuk Nasaruddin Hashim (Adun Bota) kembali ke pangkuan Umno.

Manakala dua Adun PKR – Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang) dan Mohd Othman Jailu (PKR Changkat Jering) – keluar PKR dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong pula keluar DAP.

nizar jamaluddin perak mb court trial perak bn takeover zambry 180209 04Ketiga-tiga mereka menjadi Adun bebas dan menyokong BN.

Dengan sokongan mereka itu, BN mendapat sokongan 31 daripada 59 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mengarahkan Nizar meletak jawatan dan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, mengangkat sumpah.

Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan bertegas bahawa beliau masih menteri besar yang sah.

Dr Zambry diwakili Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Md Shahid. Manakala peguam kanan persekutuan, See Mee Chun mewakili Jabatan Peguam Negara dan Hafarizam Harun menjadi peguam pemerhati bagi pihak BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: