Bkt Selambau: Karim Ali layak jadi calon BN


Bekas Ketua Pemuda Umno bahagian Merbok, Karim Ali disebut-sebut layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan kepada Umno.

Kerusi Bukit Selambau diwakili oleh MIC sejak empat penggal lalu walaupun pengundi kaum India di situ cuma 30 peratus, berbanding pengundi Melayu yang melebihi 50 peratus.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon BN dari MIC, S Krishnan kalah kepada calon bebas V. Arumugam yang kemudiannya menyertai PKR.

Arumugam meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau awal bulan ini.

Berikutan itu, ramai ahli dan penyokong Umno mahukan wakil mereka bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, 7 April depan.

bm version bukit selambau state seat 090209Pemilihan Karim juga menepati kriteria pemilihan calon tempatan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini.

Najib dilaporkan berkata, BN akan menempatkan seorang calon tempatan untuk kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil 7 April depan.

Seorang pemimpin Umno bahagian Merbok memberitahu Malaysiakini, Karim merupakan anak jati Bukit Selambau.

“Orang Bukit Selambau sudah kenal Karim, jadi sudah tidak ada masalah lagi kepada pengundi di kawasan tersebut.

“Karim juga sudah lama dalam Umno khususnya Pemuda Umno Merbok,” katanya.

Pemimpin Umno tersebut menambah, jika BN terus meletakkan calon MIC, peluang untuk menang sukar kerana parti itu menghadapi banyak masalah.

Katanya, beliau bimbang orang India akan mengundi calon pembangkang sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya umum lalu.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 29 Mac depan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: