Khairy sambut baik titah Agong


kjAhli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyambut baik seruan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung kepentingan belia kepada negara.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, seperti titah Seri Paduka hari ini, golongan muda berpotensi dibangunkan dalam semua aspek kehidupan yang meliputi bidang ekonomi, sosial dan politik

Justeru, katanya, generasi belia harus didekati dan diperkasakan bagi memastikan kejayaan mereka di dalam kesemua aspek tersebut.

“Dalam isu ini, saya berpendapat usaha-usaha bersepadu dan bertepatan dengan cita rasa generasi belia, amat diperlukan.

“Ia bertujuan mendekati dan seterusnya memperkasa segmen ini supaya ia terus kekal menjadi penyumbang positif kepada pembangunan dan pembinaan negara,” kata beliau dalam laman webnya di http://www.rembau.net.

Beliau mengulas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di bangunan Parlimen hari ini.

Khairy berkata, dari segi ekonomi, golongan belia mewakili 66 peratus populasi produktif atau golongan bekerja di negara ini manakala dari segi politik, pengundi muda menjangkau lebih tujuh juta orang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Ini semua membuktikan golongan belia bukan saja penting dari segi potensi, malah dari aspek realiti sumbangan mereka sama ada berbentuk ekonomi, sosial mahupun politik,” katanya.

Mengenai langkah penyelesaian masalah berkaitan belia, Khairy berkata, strategi segmentasi adalah pendekatan paling sesuai digunakan.

“Golongan belia, yang ditakrifkan sebagai mereka yang berumur dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun, mewakili julat kumpulan yang besar dan pelbagai.

“Sehubungan itu, tindakan mengguna pakai atau segmentation strategy hendaklah diguna oleh penggubal dasar di dalam berinteraksi dan menangani isu-isu berkaitan dengan golongan belia,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: