Azizan harap tiada 2 calon PR tanding serentak


mb-kedah-2ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) tidak meletakkan dua calon untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, pada 7 April ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berkata parti itu tidak akan meletakkan calon di DUN Bukit Selambau kerana ia adalah kerusi yang sudah diputuskan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, beliau juga mahu DAP mengelak daripada meletak calon jika pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskan untuk meletak calon PKR di DUN berkenaan.

“Kita tidak fikir kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) akan meletakkan calon masing-masing untuk bertanding, tetapi saya sebagai jeneral (ketua) di negeri ini mahu hanya satu calon daripada PR diturunkan.

“Saya dimaklumkan DAP juga berhasrat meletakkan calonnya dan seelok-eloknya biarlah kita berdepan dengan calon BN saja,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Pengerusi DAP Kedah yang baru, Thomas Su Keong Siong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Perak.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Su baru-baru ini bahawa DAP akan meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Selambau, walaupun PKR menurunkan calonnya.

Su dilaporkan berkata, ia berikutan tindakan PKR meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Derga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu lalu, walaupun DAP yang bertanding menentang calon BN di situ mempunyai peluang cerah untuk menang.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan peletakan jawatan Adunnya, V Arumugam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Masyarakat India negeri pada 9 Februari lalu.

Sementara itu, Su berkata, pihaknya sudah mengemukakan tiga nama anak Kedah yang difikirkan layak kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP untuk dinilai jika pucuk pimpinan memikirkan calon parti itu wajar diturunkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: