Charles dihasut hentam Khairy untuk dapat publisiti murahan.


Sedapnya bunyi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menuduh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menghasut orang ramai menyelar bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai pengkhianat.

Bukan Khairy sahaja yang beranggapan begitu, malah ramai lagi yang kata Nizar lebih dahsyat daripada itu. Malah ada yang kata Nizar sudah gila pun ada kerana enggan mematuhi perintah Sultan Perak supaya letak jawatan setelah baginda menemui semua ADUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah menyokong PKR.

Tuduhan Charles yang tersiar dalam akhbar aliran perdana harian itu tidak adil sama sekali kerana PR telah benar-benar menghasut orang ramai merusuh di depan Istana di hari Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Charles juga mengaitkan pula kononnya tindakan Khairy yang berhimpun menyatakan taat setia dan melaungkan ‘Daulat Tuanku’ bersama rakyat dilihat sebagai mencari peluang menunjukkan imej baiknya kepada orang ramai untuk mendapat sokongan lebih untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Kehadiran Khairy ke Negeri Perak tempoh hari, tidak ada kena mengena langsung dengan pemiihan Ketua Pemuda UMNO kerana pergerakan pemuda UMNO itu merasakan maruah Sultan Perak telah diperlekehkan Nizar yang sanggup menyembah durhaka dengan Sultan yang menjadi payung kepada rakyat di Negeri Perak.

Khairy tidak membenarkan rusuhan, maki hamun atau menjerit kata yang bukan-bukan di perimpunan itu atas nama Pemuda UMNO di mana beliau adalah naib ketua pemuda mengetuai pergerakan tersebut membela Sultan.

Apabila Charles mengaitkan dua perkara yang berlainan dalam satu isu apa yang berlaku di Perak itu, ertinya Charles juga berkemungkinan besar telah dimakan hasut orang lain atau secara peribadi cemburu dengan penampilan Khairy yang telah mendapat sokongan luar biasa dari orang ramai yang bukan sahaja dari kalangan pemuda UMNO.

Cadangan Charles supaya lebih baik Khairy mencadangkan pembaharuan parti dan mencari penyelesaian menangani kegawatan ekonomi yang berlaku juga dilihat bahawa Charles lupa bahawa misi Khairy di Perak adalah semata-mata membela Sultan dan mengajak rakyat lebih beradat menghormati dan taat setia kepada seorang Raja sejajar dengan rukun ke dua Rukun Negara.

Kalau Khairy mahu membuat cadangan lain seperti pembaharuan dalam parti atau kegawatan ekonomi, bukan di situ tempatnya. Beliau boleh menggunakan forum lain seperti di parlimen daripada membawa usul itu di Negeri Perak yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.

Untuk pengetahuan Charles Yang Berhormat, selain dari tindakan Khairy yang mengetuai pergerakan pemuda UMNO menyatakan pembelaan institusi raja-raja Melayu, beliau juga menyatakan dan akan melakukan penjelajahan menerangkan kepada rakyat terutama di Negeri Perak mengapa Sultan bertindak membenarkan BN mengambil alih pentadbiran Negeri Perak setelah mendapati Nizar yang mengetuai PR gagal dan hilang sokongan mejoriti belum pun sampai setahun beliau jadi menteri besar.

Yang ternyata sekali apabila Sultan Perak telah membuat keputusan, anggota PR merusuh dan Nizar bertegak menganggap dirinya masih menteri besar dan bertegas mahu masuk pejabat dengan kata-kata mencabar banyak pihak.

Pada awalnya beliau berkata mahu saman Sultan dan kemudian mengalih tujuannya kepada menteri besar baru pula. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu meneruskan hasratnya menyaman Sultan Perak. Apakah ini semua sesuatu yang baik dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?

Apakah Charles sedar bahawa rakyat sudah semakin hari semakin jemu dan jelek dengan corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang tidak pernah sehaluan dalam pakatan mereka hingga menimbulkan banyak persoalan apakah ia mampu seterusnya dapat membantu rakyat?

Kecaman terhadap Khairy khususnya kepada akhbar harian itu nampaknya Charles sengaja mahu menimbulkan kecaman terhadap Khairy yang memang selama ini dicemburui oleh Pakatan Rakyat terutama Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin juga Charles dalam agendanya mahu mengampu Anwar semata-mata.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, Charles kenalah bersikap lojik dan elakkanlah membuat tuduhan melulu semata-mata mahu mendapat publisiti murahan.
Oleh Zabidi Noor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: