Tenggelam punca…blog pembangkang lancar serangan keatas Sultan Perak


Selain aksi demonstrasi depan Istana Iskandariah di Kuala Kangsar petang Jumaat yang diangggap perbuatan biadap oleh kebanyakan pihak,para blogger pembangkang sedang rancak menjalankan kempen menghentam Sultan Azlan Shah,Raja Nazrin Shah dan keluarga baginda kerana marah mendakwa mereka menyebelahi Barisan Nasional dalam krisis politik Perak.Malah organ online rasmi parti PAS Harakahdaily mengambil langkah mempromosi tulisan di laman-laman blog ini untuk mencetuskan kebencian rakyat pada keluarga diraja itu.Sebuah laman blog Perakdaily.com cuba mencetuskan kemarahan rakyat dengan menonjolkan Raja Eleena Sultan Azlan sebagai wanita kedua terkaya di Malaysia kerana hubungan dengan pimpinan atasan UMNO.

Menariknya laman-laman blog tidak berani langsung sentuh tentang Pelan 16 September , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulunya begitu galak sekali mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat parti dan menyifatkannya sebagai satu langkah demokrasi.

Strategi makan tuan Ketua Pembangkang itu dikatakan telah membuatkan kalangan pemimpin pembangkang jadi goyah dan cuba menutup pertikaian salah menyalah dikalangan mereka yang semakin membara sekarang menerusi tulisan-tulisan di laman-laman blog ini.

Antara tulisan paling kesat yang dipetik Harakahdaily ialah tulisan telaahpolitik.blogspot.com yang cuba menyamakan Raja Nazrin macam Presiden Bush.

“Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda.

“Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina,”begitu antara kata penulis itu.

Baginda Raja Nazrin juga digambarkan yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran.

Ia turut mengembarkan seolah Sultan Perak dan Raja Nazrin begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak.

Seperti biasa para penulis ini berusaha memberi gambaran seolah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hero.

Gelombang sekarang juga dikatakan akan mencetuskan reformasi kedua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: