Minta polis siasat Anwar, Nizar, Karpal


Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap pemimpin atasan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan “menghina titah Sultan Perak” yang dianggap berbau hasutan.

Selain terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bertegas masih menteri besar, ketua pergerakannya Zainol Padzi Paharudin turut menamakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Zainol berkata kenyataan mereka (kecuali Karpal) di kediaman rasmi Mohammad Nizar kelmarin boleh mengelirukan orang ramai sehingga berani menderhaka terhadap institusi raja melalui bantahan dekat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam.

Laporan itu dibuat di balai polis Sungai Senam, Ipoh tengah hari ini.

Beliau, yang juga wakil rakyat Sungai Manik, berharap polis menyiasat mereka mengikut Akta Hasutan berhubung ulasan mereka tentang keputusan Sultan Azlan Shah, Khamis lalu.

Zainol juga menggesa polis menyiasat beberapa laman web pembangkang termasuk Harakahdaily.net yang melaporkan kenyataan dan ulasan berhubung isu yang sama.

Pengerusi Pemuda BN Perak itu juga memohon Sultan Perak perkenan menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan ini masuk ke negeri ini dengan alasan bimbang sentimen anti-istana akan terus berkembang.

Katanya lagi, satu perhimpunan melibatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang bagi menyokong institusi raja yang digelar “Perhimpunan Menjunjung Kasih” akan dianjurkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Tarikh perhimpunan itu bagaimanapun tidak disebut.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin BN  Perak dijadual mengadakan satu mesyuarat khas jam 5 petang ini di bangunan Umno, dipercayai bagi membincangkan barisan exco baru negeri tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: