Daulat Tuanku


Daulat Tuanku

Penyokong Pakatan Rakyat mula derhaka. Ini semestinya diajar oleh kepimpinan mereka. Derhaka bila keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah tidak memihak kepada mereka. Sekiranya memihak pada mereka maka tentu sekali mereka dengan gah akan melaung-laungkan Daulat Tuanku. Apa yang berlaku di Perak tidak menyebelahi mereka lantas mereka meraung dengan raungan Raja Adil Raja di sembah – Raja Zalim Raja di sanggah. Ini adalah budaya Pakatan Rakyat. www.malaysia-hariini.com amat bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Khir Toyo, mantan MB Selangor. Katanya kalau Pakatan Rakyat merasai bahawa mereka mendapat sokongan tunggu saja bila DUN bersidang – kenapa perlu demonstrasi. Kalau dapat sokongan dalam Dewan maka MB baru yang dilantik boleh hilang jawatannya.

 

Namun ini tidak, penyokong rakyat menggunakan pendekatan drastik – demonstrasi dan bertindak kurang ajar kepada Sultan Azlan Shah. Mereka hari ini memekik-mekik menghina Sultan dan ini semestinya perbuatan derhaka. Pakatan Rakyat seolah-olah lupa bahawa mereka yang sebelum ini mahu membudayakan lompat parti dan mereka menerima ADUN Bota tanpa menyuruh beliau mengosongkan kerusi ADUN untuk tujuan menyeberang. Kenapa bila ADUN PKR dan DAP keluar dari Pakatan Rakyat mereka melenting. Mereka perlu ingat bahawa ketiga-tiga mereka keluar dari Pakatan Rakyat bukan menyertai UMNO tetapi menjadi ADUN bebas yang menyokong pelantikan MB Baru Dr Zambry.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: