‘3 Adun bebas tidak berpaling semula’


umno and najibTidak wakil rakyat bebas yang kini menyatakan sokongan kepada kerajaan baru BN di Perak tidak akan kembali kepada Pakatan Rakyat semula, tegas Datuk Seri Najib Razak.

Kelihatan tidak senang apabila ditanya kemungkinan ketiga-tiga berpaling tadah sekali lagi, timbalan perdana menteri dilaporkan berkata:

“Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara itu tidak mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya akan jawab.”

Jamaluddin Mohd Radzi (asal PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (DAP-Jelapang) keluar parti-parti kerajaan campuran itu – yang kemudiannya mencetukan pergolakan politik Perak sekarang.

Bernama melaporkan lagi, sewaktu mengulas pemilihan barisan exco yang boleh mewakili masyarakat kaum India, Najib berkata perkara itu akan diumumkannya kelak.

BN masih mempunyai 27 Adun Melayu dan seorang wakil rakyat MCA. Sementara Pakatan mempunyai jumlah yang sama.

Ditanya bantahan penyokong Pakatan Rakyat menjelang dan ketika istiadat angkat sumpah menteri besar baru petang semalam, Najib berkata BN juga boleh berbuat perkara yang sama.

“Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: